Terkini

Saman Ekor Pemandu Kereta Kerajaan Jadi Mangsa

Seorang teman yang bertugas sebagai Pemandu Kenderaan dengan agensi kerajaan memberitahu kita terdapat ramai rakan beliau menerima saman ekor.Bukan sedikit tetapi banyak.

Mereka yang menerima saman ekor ini terpaksa dipotong gaji untuk melunaskan denda RM300.00.

Beliau menyatakan keluhan rakan yang terpaksa memandu laju kerana arahan "Boss".Pengarah yang dibawa perlu cepat sampai ke destinasi.Apabila dapat saman ekor,pemandu yang membawa kenderaan yang menjadi mamgsa.Boss yang mengarah bawa melebihi had laju ,boleh tersenyum sehingga ke telinga.

Beliau meminta kita bersimpati dengan nasib pemandu yang berpendapatan rendah.Jika dipotong gaji berapa sangat yang tinggal?

0 Response to "Saman Ekor Pemandu Kereta Kerajaan Jadi Mangsa"

Post a Comment