Terkini

Kita Mendengar Melalui Mulut DS Nizar Kes 30 Orang Ditangkap.

Malam ini DS Nizar dijangka menyampaikan ceramahnya pada pukul 10.30 malam ini.Ceramah berlangsung di Pejabat PKR,Cabang Bukit Gantang.DS Nizar bersama Datuk Zaid Ibrahim akan bertemu penduduk Changkat Jering malam ini 1 Ogos.


Bagi mereka yang ingin mengetahui isu terkini siapa yang ditahan sewaktu Himpunan Warga Felda boleh datang untuk mendapat info terus dari DS Nizar.


Menurut harakahdaily.net terdapat mereka yang ditahan pihak polis.


Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.


Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program.


Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.



Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya.

0 Response to "Kita Mendengar Melalui Mulut DS Nizar Kes 30 Orang Ditangkap."

Post a Comment