Kita diminta menulis cerita Ketua Guru Disiplin ini.Kita bersimpati dan empati.Sebagai orang yang pernah memegang jawatan Ketua Guru Disiplin ,kita tahu risiko seorang guru disiplin.
Kita mengharap para guru tidak menghukum Cikgu Ismazi ini. Beliau belum didapat bersalah oleh mahkamah.Begitu juga masyarakat jangan menghukum beliau.Kita berharap keadilan untuk Cikgu Disiplin ini dan keadilan juga untuk pelajar yang membuat aduan.
Cikgu Ismazi perlu diberi peluang membela diri.Kita jangan cepat menghukum seperti Muhyiddin Yassin yang cepat menghukum Buku Jingga Pakatan Rakyat tanpa membacanya.
Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lepas.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua pelajar berbangsa Cina itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Feb lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika disabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, isteri tertuduh yang duduk di belakang kandang pesalah kelihatan menekup muka sambil ditenangkan oleh seorang rakan perempuannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon supaya wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan oleh pendakwaan adalah tinggi.
Amir Asree berkata, tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.
“Sejak tertuduh ditangkap pada 25 Feb lepas, berita mengenainya tersebar luas dan menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh telah berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.
“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah yang sama turut hadir hari ini bagi mengikuti prosiding kes ini sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,”katanya.
Majistret Azaraorni Abd Rahman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM11,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan kes.
Isteri kepada tertuduh membayar wang jaminan itu. - Sumber berita :Bernama.
0 Response to "Cikgu Ismazi@Megat Ismazi ,Ketua Guru Disiplin perlu diberi peluang membela diri."
Post a Comment