Terkini

Pengerusi Ketua Kampung PR Perak didenda Rm50.00.


Bekas ketua kampung didenda, bayar RM50




Mohd Ridzuan Mohd menunjukkan wang RM50 untuk membayar denda selepas mengaku bersalah mengeluarkan perkataan kurang sopan dan mengaibkan dua tahun lalu.
KUALA KANGSAR - Bekas Ketua Kampung Sungai Ati, Padang Rengas dikenakan denda RM50 di Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mengeluarkan perkataan kurang sopan dan mengaibkan terhadap seorang anggota polis berpangkat Koperal di Jalan Kangsar, dua tahun lalu.

Mohd Ridzuan Asit, 44, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Noordura Mohamed Din, semalam.

Bagaimanapun, sebelum itu, Mohd Ridzuan tidak mengaku bersalah tetapi kemudian mengambil keputusan untuk menukar pengakuan kepada bersalah kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ridzuan yang ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret selepas selesai membayar denda berkata, mengaku menukar pengakuan selepas mendapat nasihat melalui panggilan telefon daripada peguamnya, Cah Kok Leong.

“Peguam saya menasihatkan supaya menukar pengakuan dan menumpukan perhatian kepada kes berhubung Kerajaan Negeri yang bertindak memecat Ketua Kampung di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang akan berjalan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 26 September ini,” katanya yang juga Pengerusi Ketua Kampung PR Negeri.

Beliau yang juga seorang peniaga mendakwa, seramai 817 Ketua Kampung yang berkhidmat di bawah pemerintahan PR dipecat selepas Kerajaan Negeri Barisan Nasional mengambil balik tampuk pemerintahan pada tahun 2009.sumber sinar

0 Response to "Pengerusi Ketua Kampung PR Perak didenda Rm50.00. "

Post a Comment