Terkini

PAS kena juarai bantu mangsa banjir untuk terus berkuasa di Kelantan.

Antara kesan banjir di Kelantan.PAS melalui pelbagai jentera kena menjuarai perkhidmatan kepada masyarakat yang terlibat dengan banjir.
Parti pemerintah kerajaan negeri Kelantan, PAS perlu menjuarai program pembangunan negeri itu yang dilanda banjir bagi memastikan 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu terlibat dalam musibah berkenaan tidak turut sama 'hanyut', kata Datuk Husam Musa.
Naib presiden PAS itu berkata, meskipun mereka tidak mempunyai keupayaan seperti kerajaan pusat daripada segi kewangan dan kepakaran, PAS perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat rakyat.
"Ada 27 DUN terlibat banjir (di Kelantan), kalau kita tidak jaga ini, semua hanyut sekali. Saya tidak mahu tengok DUN kita hanyut," kata Husam dalam program Malam Amal, Kelantan Pasca Banjir, "The Untold Story" anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kuala Lumpur, malam tadi

0 Response to "PAS kena juarai bantu mangsa banjir untuk terus berkuasa di Kelantan. "

Post a Comment