Keadaan selepas banjir di SMK Manik Urai, Kelantan. |
Bayangkan paras air yang melanda di Bilik Guru SMK Manik Urai,Kuala Krai Kelantan. |
Setakat hari ini belum ada rancangan jangka pendek dan jangka panjang Menteri Pelajaran untuk membantu pelajar sekolah di Kelantan diumumkan. Adakah apabila terbentuk kerajaan campuran PAS-UMNO baru Tan Sri Muhyiddin akan umumkan.
Kebanyakan sekolah yang ditimpa banjir di Kuala Krai ,Kelantan akan terjejas pengajaran dan pembelajaran.Kelihatan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak bersungguh.Tidak ada keluar kenyataan ,biaya membangunkan semula sekolah berjuta-juta ringgit.
Kasihan penduduk yang mempunyai anak yang bersekolah.Kerajaan Persekutuan seolah-olah langsung tidak ambil peduli.
Di samping itu diharap Kementerian Pelajaran tidak menyalahkan para guru jika P & P di sekolah terlibat banjir sedikit terjejas.
Apa yang jelas Kementerian Pelajaran seperti tidak mempunyai pelan atau program membantu guru dan para pelajar.
0 Response to "Muhyiddin Yassin , cikgu nak mengajar, tapi sekolah belum dibaiki."
Post a Comment