MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Ahli parlimen DAP minta Haji Hadi hadir parlimen undi tolak TPPA.



Kenyataan media Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada hari Sabtu 23 Januari 2016:

Saya merujuk laporan The Malay Mail Online bertajuk: “Hadi: DAP backs TPP because Chinese control trade in Malaysia” (http://www.themalaymailonline.com/…/hadi-dap-backs-tpp-beca…) yang melaporkan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP menyokong TPPA kerana menurutnya hal ehwal perdagangan di dalam negara dikawal oleh orang Cina.

Dakwaan Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja tidak berasas, malah mengarut dan dangkal, serta tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan beliau sebagai pemimpin sebuah parti yang telah bertahun lama menjalin kerjasama erat dengan DAP malah kerap kali membela DAP ketika diserang Umno.

Kita kesal bagaimana dengan sekelip mata Hadi Awang boleh terus berubah lenggok bahasanya sehingga sanggup meniru skrip Umno dengan berfikir di dalam konteks politik perkauman, berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar daripada politik perkauman sempit dan mengadu domba.

Saya pasti Ahli Parlimen Marang itu jauh lebih mengerti bahawa yang sebenarnya ghairah dan berahi mahu menandatangani TPPA itu ialah Umno sendiri, parti yang menurut Haji Hadi sedang dinasihatinya.

Beberapa persoalan timbul di sini. Adakah Umno yang berpendirian menyokong TPPA itu turut berbuat demikian kerana ia sebuah parti yang didokong pedagang dan peniaga Cina, seperti dakwaannya terhadap DAP?

Soalan seterusnya, bagaimana mungkin PAS masih tidak berjaya menasihati Umno untuk tidak meneruskan agenda TPPA ini, setelah begitu rapat dan mesra dengan parti tersebut sepanjang enam bulan berpisah dengan rakan-rakan lama?

Saya ingin menegaskan bahawa DAP, dengan kekuatan 37 Ahli Parlimen akan mengundi di Dewan Rakyat, menolak TPPA, berbanding dengan PAS, yang kini hanya mempunyai 14 undi di Parlimen.

Saya turut berharap supaya, jika tiada aral melintang Datuk Seri Haji Hadi Awang akan dapat ikut hadir pada sessi pengundian TPPA di Dewan Rakyat untuk kita bersama-sama menolak TPPA.

Terima kasih,
LIM LIP ENG

4 Responses to "Ahli parlimen DAP minta Haji Hadi hadir parlimen undi tolak TPPA."

  1. Cadangan seorg cina kapir supaya hadi marang yg kononnya ulamak(baca ularmak) agar tidak ponteng lagi ke seisi pengundian..
    Semua dah tau perihal hadi marang yg kaki ponteng,mkn gaji haram ni.
    Taklimat TPPA sebanyak 3 kali pun hadi marang ponteng..
    Keja ponteng,gaji sapu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGHH pernah mengatakan bhw LGE lagi byk x hadir sidang parlimen tapi sehinggalah ke hari ini x pernah dinafikan oleh LGE..apatah lagi tukang pacak bendera DAP pastilah nak dinafikan jua..

      Delete
    2. Tula bengong,tak paham bahasa..
      Adakah kapir LGE tu ponteng sidang parlimen yg membahaskn hal yg penting sperti gst,akta2 yg menindas,isu 2.6b dan sebagainya?
      Adakah kapir LGE ponteng seisi pengundian mcm hadi marang??
      Hg ni bodo tak boleh diajar.
      Bangsa cina kapir ni,dia ajr dgn perbuatan,dia tak jawab sebab org awam boleh pikir sendiri.
      Secara tak langsung sebagai islam,hadi marang lg hancur dari kapir yg menyembah berhala sbb dia nak halalkn tindakan dia ponteng dgn rujuk kepada org kafir.
      Kafir boleh buat,takkan aku tak boleh?
      Mcmni ke pemimpin islam?
      Ni la barua dan broka pemecah islam

      Delete
  2. ini cabaran tentang kredibiliti Hadi sama ada dia adalah pemimpin yg berkatakata atau yg mengotakan kata....

    ReplyDelete