Terkini

Putar belit fakta, Lim Guan Eng tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang.

Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:-  

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

11 Responses to "Putar belit fakta, Lim Guan Eng tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang."

  1. Tak yah belit lah tuan lawyer, kalau x de apa2 yg nk disorokkan oleh seseorg, bagaimana ada aksi memujuk sebanyak lebih dari 2 kali agar perbicaraan x diteruskan walau asalnya diminta oleh pihak defendan beberapa kali agar diteruskan perbicaraan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kalau dah kena bayar RM10k tetapi nak jaga ego dan sombong penipuan perlu untuk dihidangkan pada pentaksub dan pada para wala'. Jadi pencacai akan mengeluarkan kenyataan bagaikan mereka berada bersama dalam pembincangan sedang peguam yang mengetuai pembincangan itu dikatakan membelit. Inikah akhlak seorang bergelar 'ustaz'?

      Delete
    2. Jadi kenapa pujuk utk x teruskan perbicaraan..? Kalau tiada agenda yg perlu disorokkan..

      Delete
    3. Dari mana tuan dapat fakta ini? Adakah tuan bersama dalam mahkamah ketika pembincangan tersebut? Jadi jangan memperbodohkan diri dengan dalil yang kita sendiri cipta. Yang jelas lagi nyata penyaman dapat RM10k dan aktikal telah pun ditarik balik jadi apa makna itu semua?

      Delete
    4. Samanla...tapi jgn plak ajak setel luar...jenis klu syg dap...kahak dap pun suci...kjhjtuihhhh

      Delete
    5. Habis hujah? Kesiannya, itu sahajalah nampaknya dah macam parti assobiyah. Tak dapat berhujah dengan fakta maka hina dan makian akan digunakan.

      Delete
    6. Faktanya berlaku lebih dari 2 kali usaha memujuk dan x dinafikan langsung oleh lawyer LGE di atas..

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Fakta yang jelas penyaman dapat bayaran RM10k dan artikel sudah pun ditarik balik fakta ini sudah diakui oleh mahkamah. Kenyataan yang keluar selepas itu hanyalah alasan bukan fakta. Jika nak jadi fakta maka kenalah UNT saman balas LGE. Mungkin kena faham yang mana satu alasan dan fakta. Harap sama2 lah kita belajar.

      Delete
  2. walaun nie mana ada hujah taksub saja yg ada..

    ReplyDelete
  3. walaun nie mana ada hujah taksub saja yg ada..

    ReplyDelete