Terkini

Razman Zakaria Pray 4 YB Nasruddin .

Ketua Penerangan PAS tarik kenyataan, diarah bayar kos RM10,000 kepada Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan At-Tantawi hari ini diarah membayar kos RM10,000 kepada plaintif serta menarik balik kenyataan kononnya Kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng tidak mengamalkan tender terbuka dalam Projek Terowong Bawah Tanah.

Penghakiman persetujuan itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pagi tadi.

"Selepas kita menunjukkan dokumen, akhirnya beliau menerima kebenaran bahawa Kerajaan Negeri memang mengamalkan tender terbuka.

"Ini kerja Tuhan, iaitu menunjukkan kebenaran itu benar," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita.

17 Responses to "Razman Zakaria Pray 4 YB Nasruddin ."

  1. Tahniah kerana kalah dan terpaksa bayar 10k.tu la padah mulut longkang dan suka buat fitnah...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana kalah dan terpaksa bayar 10k.tu la padah mulut longkang dan suka buat fitnah...

    ReplyDelete
  3. umbno buat pitnah.kena samañ..utusan buat pitnah.kena saman sebab kalah..bayar..yg terkini pas buat pitnàh..kena saman sbb kalah..kena bayar juga..ish ish..tak malu ke?
    angpa ajar dalam kuliah.dalam ceramah..jangan buat pitnah..tapi angpa sendiri yg buat..malu weh

    ReplyDelete
  4. umbno buat pitnah.kena samañ..utusan buat pitnah.kena saman sebab kalah..bayar..yg terkini pas buat pitnàh..kena saman sbb kalah..kena bayar juga..ish ish..tak malu ke?
    angpa ajar dalam kuliah.dalam ceramah..jangan buat pitnah..tapi angpa sendiri yg buat..malu weh

    ReplyDelete
  5. Kepada yang tidak jelas kes ini... secara ringkasnya begini:

    Ketika Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim cuba menjatuhkan Khaled Ibrahim dari kerusi MB Selangor, pelbagai fitnah dilemparkan terhadap Khaled Ibrahim.

    Antara yang paling lantang menfitnah ialah Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution.

    Dan atas semangat setiakawan, saling bersekongkol buat kerja jahat... DAP juga turut membantu untuk masuk campir menfitnah Khaled Ibrahim.

    Antara fitnah terhadap Khaled kononnya Lebuhraya Kidex disokong oleh Khaled kerana ialah dapat kepada Kroni Khaled, kononnya tender tidak telus.

    Ust Nasrudin Hassan atas semangat membantu golongan yang teraniaya iaitu Khaled Ibrahim, telah menulis satu artikel apa beza Kidex dengan Penang Tunnel?

    Lim GUang Eng yang merasa malu dan tercabar dengan artikel Ust Nasruddin Hassan kemudian menggugut mahu saman (biasala... ugutan si penakut).

    Tetapi tidak juga saman.

    Walaupun dicabar untuk saman, Lim Guang Eng takut untuk saman, mungkin kerana bimbang pendedahan maklumat Penang Tunnel akan membuktikan bahawa Penang Tunnel adalah satu projek yang sebenarnya yang tidka telus.

    Kalau pembaca faham dan baca berita diatas, beberapa kali Lim Guang Eng melalui Peguamnya cuba menyelesaikan kes ini menerusi penyelesaian Luar Mahkamah, yakni tanpa perbicaraan.

    Kerana apa? Kerana Lim Guang Eng takut tembelang dia bocor.

    Betul la tindakkan Ust Nasruddin Hassan tidak mahu meminta maaf kerana kalau tulisannya fitnah, barulah dia meminta maaf.

    Sekarang ni tulisannya betul, dan Lim Guang Eng tidak berani lalui perbicaraan Mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tiada hujah maka kaitkan yang lain, bila fitnah jadi darah daging ustaz pun dipandang hina. Janganlah taksub membutakan mata hati yang salah tetap salah yang baik tetap baik. Semoga penyamar sebagai ahli PAS sedar diri.

      Delete
  6. Wahai kpkb, saya penyokong serta ahli pas seumur hidup..sebagai ahli seumur hidup, sy wajib mempertahankan pimpinan PAS yg x bersalah termasuk dlm kes UNT vs LGE.. Dah terbukti LGE lebih dari dua kali memujuk UNT utk settle di luar mahkamah.. Di sini kita dah dpt lihat ada seseorg nak melindungi sesuatu jika perbicaraan diteruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. An anonymous..ko tertinggal satu huruf lg tu..UNTA
      hahahahahaha

      Delete
    2. Pertahankan seorang penfitnah? Adakah ini yang dikehendaki oleh Islam? Wajib yang tuan katakan datang dari ajaran mana? Seorang yang waras dan tidak banggang tidak termakan dengan hujah penyaman minta tidak diteruskan kes. Mungkin jika kes dibatalkan oleh pihak yang menyaman maka satu kos akan dikenakan kepadanya tetapi dalam kes ini penipuan dan pembohongan bila menyatakan pihak penyaman yang minta selesai luar mahkamah tetapi pihak disaman yang kena bayar. Walaupun aku juga masih ahli PAS tetapi aku tak boleh terima bila hujah-hujah penipuan digunakan untuk menghalalkan pembohongan, jangan anggap semua orang buta dalam urusan mahkamah.

      Delete
    3. Cuba habaq tang mana fitnahnya.. Baru senang kita bincang.. Jgn buat fitnah ye..

      Delete
    4. Aku pun ada sorang kawan lama mengaku ahli PAS.. tapi hentam PAS bagai nak rak. Agak2 kau jenis ni tergolong dalam ciri2 seorang apa ek.. ?

      Delete
    5. PAS tak pernah ajar aku menyokong membabi buta. PAS ajar aku supaya berjiwa besar dan menunjukkan akhlak yang baik bukan sombong. PAS ajar aku untuk bermaafan dan menginsafi kesilapan dan bukan tunjuk ego. PAS itulah yang masih aku dokongi.

      Delete
  7. Mahkamah perintah Khalid Samad bayar RM320 ribu kepada Hasan Ali
    Astro Awani |  November 28, 2013 07:32 MYT


    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membayar gantirugi dan kos berjumlah RM320,000 kepada Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali (gambar).

    Peguam Hasan, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi menjelaskan, jumlah tersebut diputuskan setelah pihaknya tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut sebelum ini.

    "Mahkamah perintahkan supaya YB Khalid Samad membayar RM200,000 untuk ganti rugi am, RM100,000 untuk ganti rugi teruk dan kos sebanyak RM20,000 kepada Datuk Hasan," katanya.

    Sebelum ini pada 31 Oktober lalu, mahkamah yang sama memutuskan Hasan menang kes saman fitnahnya terhadap Khalid yang difailkan 12 April tahun lepas.

    Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.
    Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbg seorg PAS pasti kpkb x keberatan utk menuduh KS sbg pemfitnah... Sbbnya PAN kan musuh PAS... kan kan kan kan kan kan kan kan...

      Delete
    2. Aku tak pernah sokong setiap fitnah, itu yang diajar sejak bersama PAS. Janganlah berhujah mengikut kebodohan, tiada hujah maka kaitkan benda lain sebagai lari dari fakta. Inikah yang tuan berlajar dari PAS?

      Delete
  8. Hura hara dua2 ekor ahli Pas ni...

    ReplyDelete