Terkini

13 calon AMANAH bersedia untuk dipilih.

Kenyataan Pusat Media Parti Amanah Negara PRN Sarawak Ke-11

1. Setelah kesemua pusat-pusat penamaan calon untuk PRN Sarawak Ke-11 ditutup lewat tengahari tadi, adalah disahkan bahawa kesemua 13 calon yang ditampilkan oleh parti Amanah Negara telah diterima pencalonan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Calon-calon tersebut ialah:

Mohammad Fidzuan Zaidi (N05 Demak Laut)

Nani Sahari (N07 Samariang) 

Abang Abdul Halil Naili (N16 Muara Tuang)

Othman Mustapha (N24 Sadong Jaya) 

Andrew Jain (N27 Sebuyau)

Rapelson Richard Hamit (N26 Gedong)

Andri Zulkarnaen Hamden (N29 Beting Maro)

Jini Sahini (N40 Kabong)

Sufian Julaihi (N41 Kuala Rejang)

Fadillah Sabali (N42 Semop)

Ibrahim Bayau (N43 Daro)

Kiprawi Sabali (N44 Jemoreng)

Nurzaiti Hamdan (N58 Balingian)

2. Parti Amanah Negara telah membuka operasi Pusat Media PRN Sarawak Ke-11 di Pejabat Parti Amanah Negara Sarawak, bertempt di Tingkat 2, Sublot 181, Taman Matang Bersinar, Kuching, untuk membuat pemakluman perkembangan kempen Parti Amanah dari masa ke semasa sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Pusat Media ini diketuai oleh Dr Mohamad Bin Johri sebagai Pengarah Pusat Media PRN Sarawak Ke-11.

"Udah-Udah Gik".
"Pembangkang Kuat, Sarawak Selamat"

Dr Mohamad Bin Johri
Pengarah Pusat Media
Parti Amanah Negara
PRN Sarawak Ke-11.
25hb April 2016.

2 Responses to "13 calon AMANAH bersedia untuk dipilih."

  1. Semoga PAN dihancurkan di PRN Sarawak ini..

    ReplyDelete
  2. Apahal kau sakit hati ni. Layan org bodoh, kita pn jd bodoh. Ha3

    ReplyDelete