Terkini

Pemakan dedak UMNO...kini mulut tersumbat.

(Kenyataan Umum)

DSAI SEMAKIN DILUPAKAN? Tidak Mungkin! #BebasAnwar Akan Gagalkan Usaha Jahat Ini

Semalam kami keluarkan poster program tahun 2007 di mana DSAI dijemput oleh DZN untuk berucap di India.
Gambar di sini:
https://www.facebook.com/BebasAnwarMy/posts/1538584566447598:0

Ada juga pemakan dedak yang kata edit. Justeru, seperti yang dijanjikan, kami akan 'bongkar' dengan lebih mendalam. Hari ini kami keluarkan gambar DSAI & DZN pada tahun 2007.
Gambar di sini:
https://www.facebook.com/BebasAnwarMy/posts/1538802156425839:0

Pemakan dedak UMNO yang secara jelasnya kini mulut tersumbat kata lagi gambar edit. Tidak apa. Kami sertakan video di mana DSAI berucap di hadapan ulama-ulama tersohor & imam-imam berpengaruh seperti Sheikh Salah al-Budair.
Video di sini: https://www.facebook.com/BebasAnwarMy/videos/1538809789758409/

Kalau masih ragu-ragu, maka kami nak tanya: "Apa Lagi Pemakan Dedak Mahu?"

Sebenarnya DSAI sudah lama dihormati masyarakat antarabangsa. Beliau bukan sahaja mahir dalam soal agama, tetapi isu politik dunia, ekonomi, keadilan, demokrasi, hak asasi manusia semua kepakarannya. Malah, dunia Islam & negara barat turut kagum dengan usaha DSAI merapatkan jurang antara orang Islam & bukan Islam.

Berbeza dengan BN, pendakatan yang digunakan DSAI adalah mencari titik persefahaman antara Islam dengan bukan Islam, Melayu dengan Cina, Cina dengan India, Iban dengan Melayu, Kadazan dengan India & sebagainya. UMNO pula cenderung taktik pecah & perintah di mana UMNO akan bantai Cina di hadapan orang Malayu, MCA bantai orang Islam di hadapan orang Cina, dan sebagainya.

Insan yang bernama Anwar ini tidak dihargai oleh kerajaan Malaysia, dan penglibatannya di persada dunia tidak dilaporkan oleh media yang dikongkong UMNO/BN. Maka, tidak ramai yang tahu tentang perjuangan DSAI, hanya mereka yang ambil masa & inisiatif mendekatinya yang peka.

Kami di #BebasAnwar sejak beberapa bulan lalu sudah mula mengkaji, menyusun & membuat bahan publisiti supaya sejarah & mesej DSAI senang difahami, sumbangan & jasa DSAI diingati & pengorbanan serta penderitaan keluarga DSAI dihargai.

Maka, saya mohon kepada kawan-kawan agar terus tolong sebarkan posting-posting #BebasAnwar. Kita tidak boleh harapkan media arus perdana, kerana sudah berkali-kali terbukti mereka dikawal oleh UMNO/BN.

DSAI tidak mempunyai kuasa atau pengaruh jentera kerajaan, tetapi DSAI ada kamu & saya. DSAI deserves a place in all our hearts, and a place in history.

Bahan rujukan boleh didapati di
FB: https://www.facebook.com/BebasAnwarMy/
Twitter: @BebasAnwar
Instagram: @BebasAnwarMy

Sila sebarkan, kongsikan, retweet, & sebagainya. Jemput rakan-rakan kalian menyelami insan ini yang bernama Anwar Ibrahim.

Pengerusi Kempen
NGO #BebasAnwar
19 April 2016

0 Response to "Pemakan dedak UMNO...kini mulut tersumbat."

Post a Comment