MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Latihan Ketenteraan di Arab Saudi, syarat derma RM2.6 bilion.???

Bantu sebarkan.


KENYATAAN MEDIA

ADAKAH LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA ARAB SAUDI SEBAHAGIAN SYARAT DERMA RM2.6 BILION?
www.amanah.org.my

1. Malaya sejak zaman penjajahan British telah menghantar tentera di bawah PBB ke Congo dan kemudian ke Bosnia selepas Merdeka. Apabila berlaku perperangan antara Iran dan Iraq, Malaysia juga menghantar tentera untuk menjaga perbatasan antara Kuwait dan Iraq. Selain itu Malaysia juga telah terlibat menjaga sempadan Lubnan dan Israel.

2. Februari lalu, media tempatan dan antarabangsa telah melaporkan bahawa Malaysia telah menghantar pasukan tentera dalam latihan bersama 20 negara Islam yang diketuai Arab Saudi. Latihan yang diberi nama ‘Thunder of the North’ ini disifatkan ‘yang paling penting dan terbesar dalam sejarah serantau’.

3. Persoalannya, adakah latihan ketenteraan ini direstui oleh PBB atau OIC? Jika tidak, di bawah siapa mereka menjalankan misi ketenteraan ini? Apakah Malaysia yang selama ini terkenal dengan sikap berkecuali dan menjadi pendamai, sudah berubah dasarnya? Latihan ketenteraan diketuai Arab Saudi untuk berperang dengan siapa?

4. Saya bimbang jika Malaysia mengambil sikap menyokong satu pihak atas kepentingan tertentu. Apakah pengakuan Menteri Luar Arab bahawa beliau maklum berhubung derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dan diakui sendiri olehnya menyebabkan Perdana Menteri tidak lagi tertakluk kepada PBB dalam membuat keputusan dan menjadi pak turut?

5. Parti AMANAH mengingatkan Perdana Menteri agar tidak menggadaikan pasukan keselamatan negara untuk tujuan dan kepentingan pihak tertentu apatah lagi pihak luar kerana ianya bakal membuka gelanggang pertarungan yang tidak baik dan tidak patut kepada Malaysia. 

6. Kesilapan di bawah Najib ini tidak wajar berlaku. Najib mesti segera meletak jawatan demi memulihkan imej negara agar kembali dilihat berkecuali dan menjadi pendamai.

"Harapan Baru"

HJ. MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

20 April 2016/ 12 Rejab 1437H

1 Response to "Latihan Ketenteraan di Arab Saudi, syarat derma RM2.6 bilion.???"

  1. Kalau latihan bersama arab saudi bermakna utk menyerang musuh islam di peringkat antarabangsa.. jgn risau mat sabu.. musuh islam dlm negara masih belum sampai gilirannya.. teruslah pertahankan DAP tu wahai abg mat..

    ReplyDelete