Terkini

Siapa Pegawai KUISAS,yang beri amaran kepada Nizar?

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK

www.likeorange.net

ISU KUISAS: CUBAAN TUTUP KELEMAHAN BN

Pemuda AMANAH Negeri Perak bimbang dengan keselamatan diri Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ekoran ugutan daripada pihak tertentu berikutan isu yang dibangkitkan beliau di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Dimakluman isu yang hangat diperkatakan di dalam DUN Perak ialah mengenai kelemahan pentadbiran Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) menyebabkan Dato’ Seri Nizar diberikan amaran oleh Pegawai Kanan KUISAS semasa beliau berehat di Kafeteria DUN baru-baru ini.

Isu KUISAS yang dibangkitkan oleh Dato’ Seri Nizar di dalam DUN Perak baru-baru ini adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai urus tadbir KUISAS yang dilihat terdapat pembaziran dan salah guna kuasa.

Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang ‘mini golf’ yang dibina di dalam KUISAS dan isu meletak kenderaan kakitangan dan pelajar di luar pagar KUISAS sehinggakan mengganggu lalulintas di kawasan perumahan berdekatan.

Dan antara yang panas juga adalah berkaitan dengan kemudahan yang diberikan kepada salah seorang Timbalan Rektor sehinggakan kerosakan kenderaannya atas urusan lain ditanggung oleh KUISAS serta beberapa isu lain lagi.

Mungkin disebabkan itu, Pegawai KUISAS tersebut begitu marah dengan Dato’ Seri Nizar dan memberikan amaran serta mencabar beliau. 

Kami mengharapkan agar pihak keselamatan atau Pihak Pasukan Polis DiRaja Malaysia membuat siasatan tentang kejadian tersebut.

Kami juga akan berbincang dengan Dato’ Seri Nizar dan peguam apakah tindakan yang sewajarnya diambil rentetan insiden tersebut kerana ada usaha jahat untuk menutup isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan (PH) terutamanya di dalam DUN Perak.

#HarapanBaru

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua,
Pemuda AMANAH Negeri Perak.

0 Response to "Siapa Pegawai KUISAS,yang beri amaran kepada Nizar?"

Post a Comment