Terkini

Kerana Kartika semua bising tetapi ugutan rogol YB Rodziah Ismail diam membisu


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor Rodziah Ismail Jumaat membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 di sini, berhubung isu pemindahan kuil pada Sabtu lepas.


Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.

"Saya hadir sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.

BERNAMA

0 Response to "Kerana Kartika semua bising tetapi ugutan rogol YB Rodziah Ismail diam membisu"

Post a Comment