Terkini

YB Dr Lo' lo':Ugutan bunuh dan rogol takkan dibiarkan sahaja..

Walau pun dalam keadaan masih berihat dirumah selepas menjalani rawatan saya terus mengikuti perkembangan politik tanah air.

Isu yang hangat terkini iaitu isu pemindahan kuil dan demo kepala lembu benar2 menyentakkan minda saya dan saya ramai lagi ang lain.

Perkara ini tidak pernah berlaku masa zaman BN memerintah Selangor kerana BA/PR telah berperanan sebgai pembangkang yang baik dan bertanggung-jawab.

BN jadi pembangkang yang bukan sahaja hasad dengki tetapi juga berdendam dan melakukan apa sahaja termasuk yang diluar batas untuk menggugat kestablan kerajaan PR.

  • Banyak yang telah diulas dan disini saya hanya ingin membangkitkan kebimbangan saya atas makihamun yang dihamburkan oleh orang-orang yan tidak bertamaddun yang merupakan segelintir dari penduduk Seksyen 23 Shah Alam semasa dialog dengan Menteri Besar Selangor, YB Khalid dan YB Rodziah. Antara yag melampau adalah ugutan untuk membunuh jika YB Khalid menjejakkan kaki ke Seksyen 23 dan ugutan untuk merogol YB Rodziah. Mereka ini ganas, penjenayah dan menakutkan! Saya hanya menyedari apabila membaca sebahagian artikel yang dikemukakan dalam pelbagai laman web dan blog. Saya hairan kenapa tiada yang mengambil tindakan dan pagi2 tadi telah menghantar sms kepada beberapa rakan AP dan ADUN. Sebahagian respon dan menyatakan baru dimaklumkan atau tidak sedar langsung. Saya telah mencadangkan agar satu lapuran polis dibuat dan satu kenyataan bersama mesti dibuat membantah sikap lepas tangan oleh plis dalam menangani isu ini.

  • Media kongkongan BN pun diam membisu agaknya 'menyokong' sikap melampau beberapa orang penyangak ini semata2 kerana mereka memaki hamun dan mengugut pimpinan PR; cuba kalau pimpinn BNyang diugut begitu sudah pasti media berkokok siang-malam dan pihak berkuasa pun melompat2 menahan, menyiasat dan mendakwa seperti yang dilakukan oleh polis terhadap YB Gobala semasa hari penamaan calun PermatangPasir yang lalu.

  • Saya ni sebab kurang sihat dan masih dalam rawatan jika tidak sudah tentu saya akan memastikan polis bertindak keatas 2 manusia yang bersifat kehaiwanan tersebut. Saya harap rakan2 saya pimpinan wanita PR akan melakukan sesuatu....jangan biarkan insiden melampau ini dibiarkan tanpa apa2 tindakan !!
Dr Lo'lo bt Dato' Hj Mohamad Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa

0 Response to "YB Dr Lo' lo':Ugutan bunuh dan rogol takkan dibiarkan sahaja.."

Post a Comment