Terkini

Nizar News:Sambutan Rakyat Melayu Terhadap PAS Masih Tinggi

YDP Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar,Setiausaha Fadhil Idris,Pengarah JPK Bukit Gantang Khairul Anwar Ismail bersama YB DRS Khalil Idham Lim dan YB Ustaz Ramli Tusin di Pintu Masuk Batu Gajah Arena Squre.
Ir Muhammad T.Y .Tiang dikhabarkan akan menjadi calon Kuala Sapetang mewakili PR bersama pimpinan PAS Bukit Gantang.PAS Perak menyedikan kaunter daftar pemilih di majlis jamuan raya Pas Perak sebentar tadi.
Ribuan rakyat tetap memeriahkan majlis rumah terbuka PAS Perak,di Arena Squre Batu Gajah.
Kanak-kanak dan kaum wanita tetap bersama PAS meraikan majlis rumah terbuka.


18 Oktober,Batu Gajah-Jamuan Hari Raya Pas Perak mendapat sambutan ramai. Menurut jangkaan kita melebihi 10,000 orang.

Sewaktu kami dari team Pas Bukit Gantang sampai,kebanyakan warung penyedian makanan sudah habis.Kami sampai pada 1.15 tengahari.

Apa yang membanggakan rakyat yang ramai hadir orang Melayu.Ini membuktikan bahawa PAS tetap disanubari orang-orang Melayu.

Fitnah daripada Parti Umno tidak diterima rakyat Malaysia.Apa yang jelas rakyat yang hadir mengharapkan pembubaran DUN akan berlaku.

"Banyakkan warung dan buat giliran katerer"rungut seorang pengunjung."Kami tak makan tak apa,tapi rakyat perlu dilayani" kata Tok Siak Masjid Batu Gajah.

0 Response to "Nizar News:Sambutan Rakyat Melayu Terhadap PAS Masih Tinggi"

Post a Comment