Terkini

Calon Naib Presiden ,DS Nizar tidak dibenar Solat Jumaat di Masjid Padang Besar,Changkat Jering.

Esok 27 Mei kita akan ikut calon Naib Presiden Pas DS Nizar melawat parlimen Bukit Gantang.Kita rasa beruntung pada kali ini kita ikut salah seorang calon Naib Presiden dari Parlimen Bukit Gantang.

Pada 14 Mei lalu kita juga bersama calon Naib Presiden Ustaz Idris Ahmad,anak tempatan.Moga-moga dengan bersama mereka kita juga mendapat keberkatan.

DS Nizar djadualkan bersolat jumaat di sebuah masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.Masjid asal untuk beliau bersolat Masjid Padang Besar ,Changkat Jering. Tapi kita dikhabarkan AJK Masjid tidak membenarkannya.

Justeru itu kita akan membawa DS Nizar bersolat di sebuah masjid lain.Maaf ,tempat masih rahsia. Tunggu esok,seusai solat Jumaat kita akan khabarkan masjid mana DS Nizar pergi.

Seusai Solat Jumaat DS Nizar akan menyampaikan sumbangan kepada penduduk.Untuk mendengar DS Nizar menyampaikan Tazkirah,boleh bertemu DS Nizar di Markaz Pas Banggol Rendang,Sg Petai. Jadual tazkirah 7.45 malam.

1 Response to "Calon Naib Presiden ,DS Nizar tidak dibenar Solat Jumaat di Masjid Padang Besar,Changkat Jering."

  1. nizar neh bagus.
    masa dia pegang perak sat, awal2 tahun lagi dah approve kitorang punya bonus.
    laa neh, dah nak masuk bulan 6 hape pun tak nampak lagi.
    pheeww~

    ReplyDelete