Terkini

Selebriti Pas pilihan kita!


DS Nizar boleh diianggap sebagai 'selebriti' PAS. DS Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.Jika ulamak menjadi pilihan Ustaz Idris Ahmad berpeluang cerah untuk dipilih.

Nizar ,Ahli Parlimen Bukit Gantang akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, YB Salahudin Ayub dan YB Datuk Mahfuz Omar.Cabaran hebat juga melalui calon yang juga wibawa dan terbukti kerja, dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah serta Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS.

Nizar sudah pasti menjadi bahan perbincangan rakyat.Dengan status bekas MB dan diterima ramai sebagai pemimpin PR ,perwakilan sudah tentu dapat menilai keberkesanan beliau dipilih Naib Presiden untuk merampas kembali Perak .

Kini DS Nizar sudah bersedia menggalas tangungjawab.

0 Response to "Selebriti Pas pilihan kita!"

Post a Comment