Terkini

Maaf penduduk Bukit Gantang DS Nizar kurang sihat!

DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang ,kini berehat di rumah beliau dekat Sungai Rokam,Ipoh.

Sdr Amran Haron bagi pihak DS Nizar meminta maaf kepada penduduk Bukit Gantang kerana DS Nizar tidak dapat memenuhi jadualnya hari in,27 Mei 2011.

Menurut Sdr Amran Haron kesihatan DS Nizar tidak begitu mengizinkan untuk beliau hadir di Bukit Gantang. Doktor beliau meminta DS Nizar berehat.Sdr Amran juga memberitahu ,DS Nizar buat masa ini tidak boleh bangun dan perlu berehat.

Difahamkan dalam tempoh dua tahun ini ,barulah DS Nizar menghidap demam yang agak teruk.Bagi pihak Sekretariat Parlimen dan Pas Kawasan Bukit Gantang ,kita mengharapkan bagi mereka yang membaca tulisan ini dapat bersama-sama mendoakan agar DS Nizar cepat sembuh.




0 Response to "Maaf penduduk Bukit Gantang DS Nizar kurang sihat!"

Post a Comment