Terkini

Naib Presiden PAS:DS Nizar calon paling popular

KUALA LUMPUR: Persaingan enam penjuru bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS merupakan yang paling sengit dalam sejarah pemilihan parti yang akan diadakan bulan depan.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata semua calon yang dipilih melibatkan nama-nama besar dan mempunyai kehebatan tersendiri.


"Semua calon yang akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden hebat-hebat belaka. Namun, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar boleh dianggap sebagai calon popular bagi jawatan itu," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.


Selain Mohammad Nizar, lima calon lain yang akan bertanding jawatan Naib Presiden ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan, Idris Ahmad; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

1 Response to "Naib Presiden PAS:DS Nizar calon paling popular"

  1. Boleh pulak dia sebut nizar calon popular. Apa la halim ni, ni bukan termasuk kategori kempen ke?

    ReplyDelete