Terkini

Osman Jailu masih termasuk dalam senarai calon BN PRU13

Barisan Nasional Perak dikatakan sedang mengenal pasti calon yang memenuhi kriteria boleh menang yang telah ditetapkan pucuk pimpinan bagi disenaraikan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi BN Zambry Abdul Kadir menyatakan kriteria utama yang telah ditetapkan ialah calon yang disenaraikan mesti dari kalangan boleh menang dan disukai rakyat.


Namun begitu penulis diberitahu oleh orang kuat Osman Jailu,untuk Dun Changkat Jering ,Osman Jailu masih disenaraikan sebagai calon BN. Jika Osman Jailu tidak dipilih,segala maklumat rampasan kuasa kerajaan PR akan didedahkan.


Dalam pada itu dakwa orang kuat Osman Jailu proses memastikan calon Dun Changkat Jering YB Osman masih kekal tidak dapat dielakkan .Tidak menamakan Osman Jailu merupakan satu kesilapan buat Zambry Kadir.


Osman Jailu juga dikatakan akan memecah-belah perpaduan UMNO Bukit Gantang.Bagi UMNO Bukit Gantang,Osman ibarat ditelan mati emak,diluah mati bapa!


0 Response to "Osman Jailu masih termasuk dalam senarai calon BN PRU13"

Post a Comment