Terkini

Jaga-jaga Pas ,UMNO ada 20,000 cawangan.

PAS khususnya perlu berjaga-jaga UMNO mempunyai 20,000 cawangan.Dengan cawangan sebanyak itu sistem maklumat mereka boleh terus sampai ke tengah masyarakat.

Dengan media arus perdana terus memainkan peranan utama,Pas menghadapi pelbagai cabaran untuk menggantikan UMNO.

Rangkaian maklumat mereka cukup berkesan.Orang Melayu luar bandar,masih mempercayaai khurafat hanya UMNO boleh membantu penduduk.

Justeru itu ,PAS perlu memberi penduduk"ilmu". Dengan ilmu,penduduk tidak termakan dengan benda.Beruntung kita kerana bulan Ramadhan ini,memberi peluang kepada PAS untuk menjelaskan kebaikan Islam dalam urus tadbir negara.PAS kena guna kesempatan yang ada ini untuk terus menyantuni rakyat.

Untuk lawan UMNO yang sudah berakar umbi dalam masyarakat,perlu seni sentuhan.Kematangan PAS yang sudah berumur 60 tahun,mampu memikul amanah memimpin rakyat.

0 Response to "Jaga-jaga Pas ,UMNO ada 20,000 cawangan."

Post a Comment