Terkini

901,Bob Lokman juga dibebaskan.


Penulis membaca dalam blog Teratak Kampung,yang menjelaskan Bob Lokman juga telah dibebaskan.Sewaktu penulis mengiringi Bob Lokman memenuhi jemputan penduduk Bukit Gantang pada 31 Disember lalu ,beliau menerangkan beliau menghadapi beberapa tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.Salah satunya di negeri Pahang.


Penulis menjelaskan negeri Perak peraturan agak mudah.Cukup dengan kebenaran Pengerusi surau atau masjid ,individu atau Ustaz yang dijemput boleh menyampaikan tazkirah.


Sahabat penulis menulis dalam blognya.

Sebentar tadi Bob Lokman memaklumkan bahawa beliau dibebaskan oleh Mahkamah di Kuantan atas tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah baru-baru ini. Beliau sekarang masih berada di Kuantan telah menghubungi krew Teratak Kampung sebentar tadi.


Bob Lokman juga mempunyai kes di Selangor,yang belum selesai .Semasa penulis mengikuti program beliau di Parlimen Bukit Gantang,beliau pernah menyatakan hampir 20 tahun bergelumang maksiat .Dan dia menyatakan kerap melakukan dosa kecil.Beliau mahu menghabiskan sisa umurnya dengan menyampaikan dakwah.

Selamat berjuang Bob Lokman.

1 Response to "901,Bob Lokman juga dibebaskan."