Terkini

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguh

IPOH - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Perak sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-84 yang dijadualkan pada 19 April ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata pada malam tersebut akan diadakan majlis tahlil diraja dan doa selamat sempena perayaan ulang tahun keputeraan baginda di Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.- Bernama

0 Response to "Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguh"

Post a Comment