- Pas menyifatkan menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya umpama memerangi nyamuk Aedes dengan menamparnya saja tetapi tempat pembiakan dibiarkan hingga bawa penyakit.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat dan kerajaan perlu dididik supaya memahami bahawa arak haram di sisi Islam tanpa mengira tempat.
Menurutnya, ini termasuk di restoran kecil, besar, hotel hatta dalam rumah sendiri, kerajaan perlu mengambil tindakan.
"Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno baru–baru ini tidak menepati hukum syariah yang sebenarnya.
“Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut agama Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 sehingga 80 rotan jumlahnya,” kata TG Hj Hadi dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, kemarin
TG Abdul Hadi berkata, mengikut hukum Islam kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
“Apabila asasnya adalah nas, maka ia aspek agama Islam yang wajib dilaksanakan kepada penganutnya kerana ia berkait tanggungjawab antara manusia dengan Allah SWT, antara dosa pahala serta pembalasan akhirat,” kata Tuan Guru Hj Abdul Hadi.
TG Abdul Hadi berkata, cara perlaksanaan hukuman sekarang sangat berbeza dengan kaedah hukuman Islam kerana sebatan perlu mengambil kira keadaan kesihatan pesalah selain memastikan pesalah berpakaian menutupi aurat.

0 Response to "TG Haji Abdul Hadi- Hukuman Minum Arak Macam Hapus Nyamuk Aedes"
Post a Comment