Terkini

Nizar @ 2 Sept. 2009 - Inilah ikon rakyat !!

DS Nizar mendukung seorang bayi berusia 6 bulan di Pasar Minggu Changkat Jering dalam satu lawatan pada 31 Ogos 2009


Oleh : Hj. Anuar (bekas SU akhbar Dato' Seri Nizar)

Mohamad Nizar Jamaluddin tidak akan dikenali ramai sebelum diangkat menjadi Menteri Besar Perak. Beliau sekadar di luar dunia publisiti, tiada apa yang menarik untuk dipersembahkan kepada umum. Beliau sekadar seorang jurutera yang berjaya dalam dunia perniagaan kejuruteraannya.

Memang Datuk Seri Ir Haji Nizar tidak dikenali umum (ketika itu), termasuk di kalangan penyokong PAS sendiri kerana sikapnya yang low profail dan bukan mengejar jawatan. Pernah bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri sebelum PRU2008, tetapi tewas. Itu gambaran ringkas mengenai Nizar. Beliau adalah seorang yang humble dan bersahaja pada sesiapa juapun sebelum, semasa dan selepas diangkat menjadi Menteri Besar Perak.

Setelah diragut daripada menduduki kerusi Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan. Perjuangan tetap diteruskan. Beberapa kali saya bertanya padanya akan perasaannya. Jawabnya ringkas: "tiada apapun kecuali tidak dapat meneruskan kerja buat yang dirancangkan".

Nizar sesungguhnya manusia yang lurus, melihat dan bertindak ke atas sesuatu atas hakikat dan hakiki Islam. Landasannya mesti benar dan tanpa niat buruk pada sesiapa jua meskipun Umno.

Tiga bulan lepas, katanya, beliau bertembung dengan Kapt (B Osman Jailu pada satu majlis perkahwinan di Taiping. Beliau bertanya khabar seperti biasa. Kemudian dia menelefon (Adun Behrang) Jamaluddin Radzi. Tapi tak dijawan panggilannya. Kagum dan hairan saya mendengar kata-katanya yang secara langsung mengambarkan ketelusan dirinya menerima apa sahaja yang ditohmahkan oleh dua manusia itu terhadap dirinya.

Semua orang tahu bahawa dua manusia itulah yang melompat dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Dua orang inilah pula yang menghentam Nizar walaupun sebelum itu telah mengangkat sumpah rahsia.

Nizar kini mengisi waktunya melawat kawasan Dun Negeri dan Parlimen Bukit Gantang. Menyampaikan ceramah dan tazkirah. Alangkah ruginya manusia Islam Perak membiarkan seorang pemimpin yang telus dan tulus ini yang dianugerahi Allah.

Sesungguhnya amat jauh bedanya antara DS Dr Zambry Abdul Kadir dengan Nizar daripada segi sahsiah diri dan semangat keislamanannya. Zambry tidak akan mampu meniru atau mengikuti apa yang dilaksanakan Nizar (walaupun sekarang Zambry sedang menirunya). Rakyat dapat menilainya.

Bicara Nizar penuh keyakinan. Beliau kini umpama lilin membakar dirinya untuk menyuluh kehidupan rakyat Perak. Keihlasan Nizar jelas terbayang kerana meskipun tidak lagi berada di persada negeri, beliau meneruskan kerja-kerja seperti biasa meskipun menghadapi pelbagai kekangan.

Alangkah ruginya kalau karisma Nizar ini terbiar begitu sahaja. Tidak diketengahkan atau dimajukan lagi. Nizar mungkin akan tenggelam dalam arus masa jika dibiarkan sendirian. Pakatan Rakyat harus memberi ruang yang lebih meluas pada Nizar. Beliau adalah ikon penting dalam Pakatan Rakyat.

Kesempatan harus diberikan pada Nizar. Pernah saya bertanya padanya mengapa tidak bertanding Naib Presiden PAS ?(semasa muktamar lepas). Nizar menjawab sambil tersenyum nanti orang kata saya keterlaluan kerana naik mendadak. Sesungguhnya jika Nizar bertanding jawatan Naib Presiden, beliau insyallah akan memenangi jawatan itu.

Kemenangan beliau menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan jumlah undi tertinggi mengambarkan segalanya. Beliau ikon terbaru PAS dan Pakatan Rakyat. Nizar juga seharusnya dikelilingi penasihat yang hebat (untuk ilmu) agar melonjakkan terus namanya dalam persada politik tanah air.

Sesungguhnya PAS atau Pakatan Rakyat tidak wajar membiarkan Nizar bersendirian. Nizar adalah ikon masa depan negara.

dipetik dari al-banjari online 2009

0 Response to "Nizar @ 2 Sept. 2009 - Inilah ikon rakyat !!"

Post a Comment