Terkini

Bagan Pinang:DS Nizar mendekati rakyat Ladang Seliau

Beberapa gambar sekitar program Pimpinan bersama-sama dengan Rakyat di Dun N31 Bagan Pinang. Pelbagai gambaran dapat dilihat dan beberapa pimpinanan yang sudi berjalan bagi mengunjungi rakyat dan penduduk setempat dapat meninggalkan kesan yang baik kepada mereka.Ia bermula dengan mendekati penduduk di Taman Eastern yang mana ia melibatkan ramai pimpinan yang turun dan menjalankan kempen dari rumah ke rumah.

Pada sebelah petangnya pula Dato Seri Nizar Jamaluddin berada di Ladang Seliau bersama-sama dengan Yb Ravi dan juga Yb Ean Yong mendekati penduduk di kawasan Ladang tersebut.Dato Seri meluangkan masa hampir 2 jam disana beramah mesra juga mendengar permasaalahan rakyat.

Diikuti pula dengan ceramah sempena kempen PRK N 31 Bagan Pinang yang mana semalam sahaja hampir ada lebih dari 5 lokasi yang kesemuanya menampilkan Pimpinan-Pimpinan terbaik dari PR.Dapat dilihat sambutan dari Rakyat di N31 ini sememangnya cukup baik.

0 Response to "Bagan Pinang:DS Nizar mendekati rakyat Ladang Seliau"

Post a Comment