Terkini

SGI -NIZAR NEWS:Suara Rakyat:Yang Serak Semakin Parau

Dengar Suara Rakyat, begitu tajuk besar Berita Harian. Jika masyarakat sedia buat perubahan, kita akan ubah-PM, berkaitan dengan sekolah satu aliran yang dihebohkan sekarang.

Sedap bunyinya, enak mendengarnya. Timbul persoalan kepada kita, bila pula mereka terasa ingin mendengar suara rakyat. Kebiasaannya perkara yang tak akan dibuat, mereka kata mereka nak mendengar suara rakyat. Baguslah begitu, mendengar suara rakyat adalah perlu tetapi dalam perkara ini, gempaknya perlu nampak lebih.

Bagaimana dengan perlaksanaan dasar-dasar pendidikan sebelum ini. Adakah mereka mendengar suara rakyat. Kita ambil contoh bagaimana perlaksanaan PPSMI sebelum ini. Mahathir kuit sedikit terus mereka laksanakan, suara rakyat yang serak semakin parau melaungkan supaya dikaji terlebih dahulu tidak dihiraukan. Suara rakyat diperlekeh begitu-begitu juga. Mungkin selepas Mac 2008, suara rakyat ada sedikit azimatnya. Maka pemansuhan PPSMI akan dibuat, lambat dan lembap untuk dimulakan sedangkan beratus ribu suara termasuk pakar-pakar bahasa mahu ia dihapuskan segera. Ek-ele suara rakyat konon.

Berkenaan dasar pendidikan satu aliran ini ia sememangnya baik seperti disuarakan pakar-pakar berkaitan tetapi tetap tidak akan dilaksanakan kerana ramai penentang-penentangya terutamanya pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO pendidikan bukan Melayu. Di’gege’kan sekarang kerana mereka hanya berkepentingan politik, tidak ada yang lain, berpolitik mesti banyak ‘elatnya’. Konon-konon mereka mendengar suara rakyat.

Maka kita pun akan terpesona, huha-huha sana sini yang mereka sedia mendengar. Adakah lebih baik perlaksanaan untuk mendengar suara rakyat ini diperluaskan ke atas setiap bidang yang melibatkan rakyat. Di bawah suara-suara masih banyak untuk didengari.

Akhirnya hanya sesedap dimulut sahaja, kita kena lagi macam selalu-selalu juga.
lan iisma.

0 Response to "SGI -NIZAR NEWS:Suara Rakyat:Yang Serak Semakin Parau"

Post a Comment