Sempena penamat bulan bahasa ingin rasanya menyuarakan tentang bahasa Melayu bertulisan jawi dan bagaimana prihatinnya mereka kepada tulisan jawi yang kononnya mereka pembelanya.
Nampaknya ahli-ahli umno kawasan Taiping sengau-sengau semuanya. Cuba perhatian tulisan kebangsaan bertulisan jawi di pejabat Umno Bahagian Taiping Bandar warisan, nampaknya jawi seakan tidak berwaris. Semuanya sengau kerana ditambah dengan huruf ‘ain’ yang sepatutnya tiada. Jadilah kebangsaan itu menjadi kebangsa’’an. Sekiranya makhraj sengau itu dilebihkan maka lebih sedap bunyi, begitu mungkin annggapannya.
Kononnya pembela tulisan jawi ini membiarkan bertahun papan tanda berkeadaan sedemikian sama ada mereka tidak perasan atau sememangnya mereka bengap sedikit. Patutlah tulisan jawi kita yang gah lagi tersohol suatu masa dahulu tersemban lagi tertiarap sepanjang 52 tahun kemerdekaan ini.
Ada ketikanya ia menjadi perhatian, kalau Si Mamat yang pandai jawi mungkin mengetahui tentang silap tersebut tetapi bagaimana dengan mereka baru bertatih mengenal jawi maka mereka boleh membuat kesimpulan mudah beginilah ejaan kebangsaan. Maka yang lingkup semakin lingkup.
Kita dan mereka juga perlu memberi penekanan kepada aspek jawi supaya yang salah dapat diperbetulkan. Dengarnya DBP diberi kuasa untuk mengenakan tindakan terhadap kesalahan bahasa tetapi adakah ia termasuk dalam tulisan jawi dan kebiasaannya kesalahan Umno tidak salahnya juga pada DBP.

0 Response to "Sgi- Nizar News:Jawi-Gamaknya Ahli Umno Sengau-sengau"
Post a Comment