Terkini

Apa khabar DS Nizar?

Nampaknya sudah dua kali tidak sempat bersama DS Nizar dalam program beliau di Parlimen Bukit Gantang.

Program forum isu semasa di Dataran Surau Annajah,Matang dalam DUN Kuala Sapetang 26 Mac lalu dan DS Nizar merasmikan Pusat Kesihatan Ibnu Sina ,Jelutong,Changkat Jering malam kelmarin.Jadi sudah agak lama tidak melihat wajah pimpinan kita itu.

Kekangan masa dan tugas menyebabkan kita tidak dapat bersama DS Nizar.

Malam kelmarin 27 Mac ,bising di Taiping atas ketidakhadiran DS Nizar di Program Ceramah anjuran PKR Taiping.

DS Nizar bersama DS Anwar Ibrahim di Tanjung Piandang,Parit Buntar.Program asal DS Nizar berceramah bersama DS Anwar.Kita sudah mendapat kepastian untuk DS Nizar hadir bersama Anwar.Mungkin kesilapan hubungan dan tiadanya respons ,menyebabkan semua pimpinan utama berada di Parit Buntar.

Kita difahamkan oleh sahabat jika DS Nizar berceramah sebagai penceramah pertama rakyat akan balik selepas DS Nizar berceramah.Jadi DS Nizar kena berceramah orang kedua terakhir selepas DS Anwar.!Begitu hebatnya DS Nizar,auranya masih tinggi.

Maaf bukan salah kita jika DS Nizar tidak sampai di tempat saudara.DS Nizar milik rakyat Malaysia.

Esok 29 Mac genap setahun penamaan calon PRK Bukit Gantang.Kita berasa Hulu Selangor juga mempunyai semangat.Semangat Rakyat menolak kezaliman BN!

0 Response to "Apa khabar DS Nizar?"

Post a Comment