Terkini

Laporan polis bukan cari kebenaran tapi buruk Anwar-Akmal Kamarudin




IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Maslin Sham Haji Razman walaupun hampir 18 Pemuda Umno Bahagian tidak menyokong kepimpinannya hari semalam telah berani tampil membuat laporan Polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Maslin dengan lantang mencadangkan Datuk Seri Anwar ditahan di bawah ISA.

Pemuda PAS Perak merasa pelik dengan hujah yang dikemukakan oleh Maslin berkaitan Datuk Seri Anwar di dalam isu 16 September, sepatutnya laporan polis tersebut dibuat terhadap Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru yang mendedahkan perkara tersebut yang bersifat tuduhan dan bukannya terhadap Datuk Seri Anwar.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

"Belum lagi penyasiatan Polis di lakukan, terus Pemuda Umno Perak meminta supaya pingat Datuk Seri ditarik semula daripada Datuk Seri Anwar, ini langsung tidak rasional," katanya.

Menurutnya Pemuda PAS Perak curiga dengan laporan Polis yang telah dibuat kerana bukan tujuan mencari kebenaran tetapi berusaha memburukkan imej Datuk Seri Anwar semata-mata.

Oleh itu Pemuda PAS Perak meminta agar Pemuda Umno Perak jangan hanya berani di belakang payung perundangan yang mereka kuasai semata-mata, tetapi penakut berhadapan dengan pentas kebenaran dan keadilan dengan menggunakan hujah yang rasional sama seperti kes isu rampasan kuasa di Negeri Perak. johari jaafar

0 Response to "Laporan polis bukan cari kebenaran tapi buruk Anwar-Akmal Kamarudin"

Post a Comment