Kita membaca pandangan Ustaz Misbahul Munir berkaitan sikap polis dan "keadilan kelas dunia" polis Malaysia.
Satu persidangan di DUN Perak perlu kawalan polis serta sikap Polis dalam melaksanakan peraturan .Peraturan pula terpilih dan mereka pula mengikut arahan orang atas.
Berikut catatan Ustaz Misbahul Munir berkenaan Polis Malaysia di DUN Perak.
Pintu masuk untuk BN ke dewan tidak ada scan.
Semalam apabila Adun PR cuba masuk ke pintu masuk yang disediakan khusus untuk Adun BN, pihak polis yang mengawal tidak membenarkannya atas arahan Ganesan, polis mengarahkan Adun PR masuk dewan mengikuti pintu yang dikhususkan, lift juga diasingkan penggunaannya.
Tidak pernah berlaku, adanya pengasingan seumpama ini di mana-mana sidang dewan rakyat dan sidang DUN di negeri yang lain melainkan {Perak. Bukan itu sahaja, masa untuk Adun PR dan BN juga memasuki bangunan SUK dan dewan juga berbeza. Adun PR membantah tindakan ini, mereka berhujjah, DUN adalah tempat istimewa para Adun, DUN seumpama pejabat atau rumah Adun, mereka berhak masuk ikut pintu mana sekalipun,selain Adun polis atau pegawai-pegawai kerajaan tidak ada keistimewaan untuk menguasai DUN.
Polis tidak dapat menjawab hujjah Adun PR,akhirnya mereka mengatakan, Adun PR kena masuk ikut pintu yang disediakan kerana melalui pintu tersebut setiap Adun PR yang masuk akan discan. Pecahlah tembelang semua, Adun PR memprotes, ini satu lagi arahan yang tidak patut, pintu masuk Adun PR di scan, pintu masuk Adun BN tidak perlu discan. Polis rasa bersalah kerana terlepas cakap,akhirnya semua Adun PR dibenarkan memasuki pintu yang disediakan untuk BN tanpa discan dan diperiksa dengan ketat.
Polis kuasai bangunan SUK
Pengawal Keselamatan bangunan SUK tidak lagi berfungsi sejak semalam lagi. Pihak polis ambil alih sepenuhnya, malahan Ganesan guna kuasa haramnya mengarahkan pihak polis mengawal semua pintu masuk. Jumlahnya tidak pula sedikit, ada yang beruniform dan ada juga yang berpakaian preman. Mereka berkeliaran di luar pagar dan kawasan pagar SUK. Dalam pagar SUK, deretan trak polis berada di tempat parking kereta. Begitu juga di setiap pintu masuk ke bangunan SUK dan DUN penuh dengan anggota polis. Bukan itu sahaja, dalam dewan sahaja, beberapa anggota polis berkawal di kiri kanan Speaker atas alasan nak jaga keselamatan Tuanku, Sebaik Tuanku masuk, semua yang kononnya nak mengawal Tuanku bergegas keluar. Nampak sangat mereka begitu takut dengan perjalanan dewan, apapun sangkaan jahat mereka, tidak mungkin Adun PR akan bertindak di luar batas undang-undang, Adun PR akan membantah tindakan-tindakan yang melanggar peraturan dengan hujjah berdasarkan peruntukkan dalam Perintah Tetap dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak.
Sebenarnya merekalah yang langgar undang-undang, polis digunakan untuk kepentingan mereka bukan rakyat. Sidang-sidang yang lepas, kita menyaksikan bagaimana polis digunakan untuk menyekat dan menghalang Adun PR, polis digunakan untuk mengangkat, mengheret dan mengurung Sivakumar, polis digunakan untuk merampas jubah Sivakumar, dan semalam polis digunakan untuk mengawal setiap pintu masuk dewan. Kita bimbang, kalau dalam perdebatan dan pertikaman lidah nanti, Adun BN tidak mampu berdepan dengan Adun PR dari sudut hujjah, polis akan digunakan untuk mengusung dan menghalau Adun PR ke luar dewan.
0 Response to "Polis Oh Polis!- Sidang Dun Perak"
Post a Comment