Terkini

Apa sudah jadi PKR! sembilan dah!

Selepas Adun Bakar Arang keluar PKR siapa pula wakil rakyat akan turut serta jadi bebas?Kini habuan cukup lumayan.Bertambah pula dua pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu menjelang tiba!

Kita sebagai petugas,cukup terasa apabila Adun cabut lari atas prinsip rasuah dan kronisme.Pada hal ,merekalah penyebab kerajaan Perak jatuh.Kedah kena fikir untuk PRU Negeri ,jikalau trend WAKIL RAKYAT PKR cabut jadi katak bebas.Dengan PR 20 kerusi,BN 14 dan bebas dua,kerajaan Kedah boleh jadi kerajaan PR Perak.Minta dijauhkan Allah s.w.t.

Kita pun kecil hati dengan pimpinan PKR ini,level bahagian.Selalu cakap besar,janji yang kecil tidak tunai.Janji besar jangan diharap!

Kita yang petugas peringkat kawasan pun tidak pandang!Cerita mereka yang bagus,contoh semasa Osman jadi Exco kita punya pandangan tolak tepi.Sibuk memanjang,masjid tak jengah,jumpa rakyat susah.Semuanya susah,kita pula yang dikatakan penyibuk!.

Lagi satu contoh,apabila kita bagitahu orang kuat PAS Kawasan pun didaftar sebagai ahli PKR,jawapan yang diberi mereka yang isi borang!Pimpinan PKR ini tak mahu mengaku kelemahan .Aduhai PKR sampai bila kita boleh hentikan wakil rakyat kita jadi katak!

0 Response to "Apa sudah jadi PKR! sembilan dah!"

Post a Comment