Terkini

PRK Hulu Selangor: halang kerajaan BN pinda AKTA JPJ-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz hari ini mengesahkan bahawa rang undang-undang cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan - termasuk mengenakan denda maksimum RM1,000 - akan ditarik balik.

Hanya sepucuk surat darpada Kelab BNBC menyebabkan rang undang-undang ini ditarik balik.
Rang undang-undang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Isnin lalu.

Rang pindaan undang-undang ini ditarik balik kerana PRK Hulu Selangor.Cuba perhatikan setiapkali PRK kerajaan akan menggunakan sumber yang ada untuk menyejukkan hari rakyat.Bukan kerana mereka berfikir panjang,tetapi kerana undi rakyat!.Sepatutnya wakil rakyat BN berfikir membantu rakyat waktu susah dan waktu senang!

Cadangan untuk menaikkan denda kesalahan lalulintas kepada RM1,000 perlu dibantah.Denda yang banyak lebih mudah rasuah membiak.

Tahniah Nazri beliau pandai membaca dan faham bahasa tersirat . Nazri turut bersetuju dan mengesyorkan supaya rang undang-undang itu ditarik balik daripada perbahasan dan dibuat perubahan.

Menurut Nazri lagi , rang undang-undang itu akan dibentangkan semula dalam sesi akan datang, selepas kajian terhadapnya selesai dilakukan.

0 Response to "PRK Hulu Selangor: halang kerajaan BN pinda AKTA JPJ-"

Post a Comment