Terkini

Aduhai , YB hargailah rakyat!

Kita tertarik dengan luahan wakil rakyat PKR Kedah sewaktu ceramah baru-baru ini.Menarik dan perlu diberi perhatian.

Jika wakil rakyat pun kita perlu hargai prinsip mereka.Wakil rakyat dari PKR dan DAP Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk
menjelaskan prinsip mereka.

ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee agak sedikit terbuka.Kita rasa perlu diberi perhatian.Betul kata Lim Soo Nee setakat ini sudahkah dibentuk jawatankuasa mengkaji kenapa wakil rakyat melompat.Jikalau PKR belum mula mengkaji dan membedah siasat,kita rasa Sekretariat PR perlu mengambil berat dan mengambil tindakan apa yang diucapkam Lim Soo Nee.Andaikata perlu permukiman atau kursus ala "BTN" bukan sahaja Kedah,Pulau Pinang dan Selangor juga perlu dilibatkan.

Dalam pada itu kita juga berharap Wakil Rakyat juga menghargai rakyat.Sentuhan peribadi bukan setakat pengundi,tetapi kaum keluarga dan jiran-jiran mereka.Program besar lebih kepada gah tetapi tidak menepati sasaran.Contoh seperti di Sibu kehadiran mereka mendengar ceramah PR dianggap sedikit.Namun mereka itu sasaran undi.Sebaliknya Hulu Selangor,jumlah terlampau ramai,tetapi mereka bukan pengundi.

Wakil rakyat juga jangan memperlekeh niat rakyat.Rakyat berasa puashati apabila melihat atau berjabat tangan dengan wakil rakyat.Bagi rakyat cukup bertanya khabar .Wakil rakyat juga janganlah menidakkan kekuatan akar umbi .Wakil rakyat juga perlu mengetahui sejarah perjuangan rakyat.Apa yang penting wakil rakyat jangan menghukum rakyat tanpa kita memberi peluang untuk kita mendengar dan berdakwah.Wakil rakyat juga sepatutnya menerima pendapat orang lain secara berlapang dada.

Kita juga mahu rakyat dihargai sebagaimana wakil rakyat mahu dihargai.

0 Response to "Aduhai , YB hargailah rakyat!"

Post a Comment