Terkini

Selamat Hari Ibu-Hari Ibu tiap-tiap hari!

Kita baru sahaja sampai ke rumah dari kampung.Kampung bukannya jauh dekat Ipoh.Kita ke kampung petang tadi apabila teringat hari ini hari ibu..Anak kita dan isteri ,mengingatkan sudah ucapkan Selamat Hari Ibu kepada opah dan emak.

Kita menjelaskan sudah menghantar SMS ,sebagai tanda ingatan!Kekadang kekangan masa menyebabkan kita tidak dapat balik kampung sekerap semasa anak masih kecil.Banyak sungguh program,program kita dan program anak yang selalunya berbeza hari.

Kita akan berusaha untuk balik menjenguk emak ,paling kurang sebulan sekali.Jika ada ruang kita akan balik seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Pernah seorang adik menasihatkan supaya kerap balik menjenguk emak!Kita hanya tersenyum.Hanya sempat memberitahu adik-adik ,jaga tingkahlaku buat baik selalu dan ikut peraturan ,itu sudah cukup sebagai tanda kita taat dan sayang akan emak!Justeru itu kita mesti terus berdoa untuk ibu.

Kadang-kadang terasa apabila adik menyuruh kita membayangkan cuba emak tiada,baru kita hendak mengingat emak.

Ya Allah kasihanilah ibu dan alllahyarham bapa ku,sebagaimana mereka mendidik dan membesarkan ku semasa kecil dan sehingga kini.Ampuni dosa kedua ibubapaku.Amin

0 Response to "Selamat Hari Ibu-Hari Ibu tiap-tiap hari!"

Post a Comment