Terkini

Taktik kotor NUTP untuk menang- Setiausaha Agung Cuepacs

Hashim Adnan ,Presiden NUTP yang juga merupakan Naib Presiden Cuepacs ,kita tahu apa peranan dia.Tiba-tiba Setiausaha Agung Cuepacs menimbulkan perkarra isu pemilihan jawatan tertinggi Cuepacs.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin dilaporkan telah mendakwa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), antara gabungan terbesar badan induk itu, cuba melakukan serangan peribadi dengan melabel kepimpinannya memperlihatkan “banyak masalah” sehingga perlu dicabar.

“Saya menganggap bahawa kenyataan presiden NUTP tempoh hari tidak profesional, tidak ikhlas, seolah-olah ada agenda tersusun hendak memburuk-burukan saya... saya lihat ia sebagai serangan peribadi, ada niat buruk di pihak NUTP,” kata beliau seperti dipetik.

Bagi kita dakwaan Hashim Adnan, presiden NUTP, tidak sewajarnya dibangkitkan memandangkan setiap perkara diputuskan oleh Cuepacs ada pendirian bersama dan dicari penyelesaian secara kolektif selama ini.Kita rasa NUTP tidak bersuara dalam mesyuarat.Kenapa semasa mesyuarat tidak memberi pendapat untuk kepentingan rakyat.

“Jadi mengapa baru sekarang hendak mengatakan kepimpinan saya bermasalah sedangkan NUTP boleh membangkitkan kalau ada isu, kalau hendak menegur ketika mesyuarat majlis dan jawatankuasa. Mengapa sekarang?” katanya lagi.

Ahmad Shah yang memutuskan untuk mempertahankan kedudukannya berkata, kepimpinan NUTP berada dalam majlis kongres dan jawatankuasa kepimpinan Cuepacs, yang secara tidak langsung membolehkan mana-mana pihak membangkitkan jika ada masalah dalam kepimpinan.

“Mengapa mahu membangkitkan sekarang, ketika menjelang pemilihan,” kata Ahmad Shah lagi.

“Saya berpendapat bahawa dia (presiden NUTP) menyokong calon dia sehingga memburuk-burukkan setiausaha agung sedia ada "kata Ahmad Shah.

“Sebenarnya ada cara lain untuk mempromosikan mana-mana calon termasuk wakil kesatuan mereka, tetapi jangan sampai memandang rendah peranan dan tanggungjawab setiausaha agung... ini, bagi saya satu taktik kotor dibawa oleh NTUP,” katanya lagi.

0 Response to "Taktik kotor NUTP untuk menang- Setiausaha Agung Cuepacs"

Post a Comment