Changkat Jering 17 April:- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berakhir Jumaat 15 April dipanaskan dengan beberapa isu yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Negeri Perak yang masih tidak boleh dijawab oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Pelbagai tomahan dilemparkan oleh Zambry khususnya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang dan juga bekas Menteri Besar Perak. Dalam perbahasan Datuk Seri Nizar di dalam menjunjung kasih titah ucapan Pemangku Seri Paduka Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa pembukaan sidang DUN pada 12 April yang lalu telah mendedahkan pelbagai isu.
Dalam perbahasan Datuk Seri Nizar pada hari berikutnya, beliau telah menyentuh terutama berkaitan akidah yang dipetik di dalam titah Tuanku yang menyentuh perkara yang sama. Ianya sudah tentu berkaitan soal perbuatan khurafat yang berunsur syirik yang dilakukan oleh Zambry. Datuk Seri Nizar juga menyentuh berkaitan dakwaan terdapat seorang Exco Kerajaan Negeri yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ucapan penangguhan oleh Zambry pada 15 April lalu, beliau masih mempertahankan perbuatannya tersebut tidak terpesong walaupun acap kali Datuk Seri Nizar bangun ingin mendapatkan penjelasan. Dengan sikap angkuh Zambry, beliau langsung tidak mengizinkan Datuk Seri Nizar mencelah untuk mengemukakan fakta barunya.
Sidang Dun kali ini jelas melihatkan keangkuhan Zambry. Hal ini termasuk , keengganan Zambry mendedahkan Exconya yang telah disiasat oleh SPRM demi menyelamatkan orang bawahan kepimpinannya terlibat dengan unsur rasuah. Beliau hanya mengatakan bahawa beliau tidak tahu siapakah yang sedang disiasat dan meminta SPRM menjelaskannya..Amat malang, Zamry Kadir tidak mahu mendapat maklumat Pengerusi SPRM Perak.Sepatutnya Zambry membersihkan anggota exco beliau di sidang Dun Perak,kerana itu dewan yang mulia.
Manakala berkaitan kedudukan isu dakwaan ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim yang telah mendedahkan di dalam sidang DUN lepas bahawa terdapat bomoh telah di bawa masuk ke dalam Dewan untuk di lakukan satu upacara syirik. Dan dikatakan terdapat usul yang diterima oleh sidang DUN pada hari tersebut yang membawa ADUN Titi Serong mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.
Setelah dibentangkan keputusan pada sidang DUN pada hari ini, yang menyebabkan semua ADUN PR bertindak keluar Dewan setelah gagal mendapat penjelasan kerana usul yang telah dibentangkan tersebut tidak bertepatan dengan Perintah Tetap DUN Perak kerana tiada yang telah menyokong usul tersebut semasa ianya dicadangkan.
Semasa sidang media selepas daripada itu, Datuk Seri Nizar menegasakan bahawa semua tindakan tersebut berdasarkan Penyata Dewan yang telah dilampirkan yang jelas sepertimana yang didakwa oleh ADUN PR.sumber safarizal saleh.

0 Response to "Siapakah Exco Kerajaan Perak yang disiasat SPRM?"
Post a Comment