Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kelmarin menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.
Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".
"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.
"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.
"Fitnah itu terlalu berat dan besar akibat laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos, sehingga berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman berat yang saya lalui pada hari ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Sementara itu, peguammnya Mohamed Hanipa Maidin berkata, notis tersebut dihantar kepada ketua pengarang Utusan untuk menarik balik fitnah yang dilemparkan ke atas Mohamad.
"Kalau tak tarik balik, saya diarahkan untuk memfailkan saman minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.
Ditanya mengapa tindakan menghantar notis itu dibuat sekarang, Mohamed Hanipa berkata, ini kerana laporan akhbar itu disiarkan ketika beberapa hari sebelum cuti Aidilfitri.
"Ia berlaku dalam suasana raya... Kita perlu masa untuk study dari aspek perundangan.
"Kira Utusan ni tak adillah, (siar) dekat raya, (waktu orang) bercuti," kata Mohamed Hanipa.***rakyat kena cukai******

0 Response to "Dosa kering:Utusan masih tak minta maaf kepada Mat Sabu,masa tinggal sedikit saja lagi!"
Post a Comment