MALE 9 Feb. - Bekas Presiden Maldives, Mohamed Nasheed cedera dan mendapatkan rawatan di hospital semalam selepas dipukul polis ketika menyertai perarakan bersama penyokongnya di ibu negara.
Menurut sepupunya yang juga merupakan anggota setia parti bekas presiden itu, Mohamed Nasheed yang dipaksa meletakkan jawatan kelmarin, cedera bersama beberapa lagi anggota Pasti Demokratik Maldives (MDP).
Selain beliau, pengerusi MDP, Reeko Moosa Manik juga dimasukkan ke hospital kerana cedera di bahagian kepala dan belakang selepas dibelasah polis.
Dalam situasi terkini, penunjuk perasaan yang marah bertindak menyerang balai polis dan membakar beberapa bangunan kerajaan. - AFP
0 Response to "Polis pukul bekas Presiden Maldives."
Post a Comment