Terkini

Kerajaan Zambry jual tanah Rm68 ribu seekar,harga pasaran Rm200ribu.

IPOH: PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai dengan sebuah syarikat bukan bumiputera melayu.
 
Jurucakapnya, Salman Saleh berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.


“PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
 

Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.
 

“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” ujarnya.
 

Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri. 
 

Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.
 

“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.
 

Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato’ Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.
 

“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.
 

“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.
 

Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.
 

Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.perakite

0 Response to "Kerajaan Zambry jual tanah Rm68 ribu seekar,harga pasaran Rm200ribu."

Post a Comment