Terkini

SPR apa dah jadi.,,Nagandran A/L Muthu menjadi pengundi di Kampung Melayu

Nagandran A/L Muthu ,nombor kad pengenalan 731216086253 ,menjadi pengundi berdaftar di 059/14/09/001 Kampung Jelutong.,DUN Changkat Jering.Alamat pengundi India beragama Hindu ini didaftarkan di rumah Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.
Ustaz Abdul Kadir Saleh menjadi pengundi berdaftar di 059/14/09/001 Kampong Jelutong dalam DUN Changkat Jering.

Pengundi bernama Nagandran A/L Muthu beralamat J 132,Kampung Jelutong ,tempat kediaman Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.


Mungkinkah SPR sudah menjalankan taktik kotor di DUN Changkat Jering? Seorang penduduk India beragama Hindu didaftarkan sebagai pengundi di daerah mengundi,Kampung Jelutong dalam DUN Changkat Jering.Kampung ini majoritinya orang Melayu Islam.

Mungkinkah SPR bersama UMNO menggunakan taktik kotor lagi jijik ini untuk mengalahkan DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang?

Menurut satu sumber,banyak pengundi tidak dikenali didaftarkan di DUN Changkat Jering yang mempunyai banyak lokaliti baru.

Setakat ini petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang mengesan dan mengaudit kes seperti kes Nagandran A/L Muthu ini.

Nizar rakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah.

Dengan perasaan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Jenazah almarhum telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan istiadat pemakaman selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.


Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).


DS Nizar merakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Ashman Shah.Beliau mendoakan almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan soleh.

Bekas Tentera"upahan" jaja 13 Mei.

Bekas Tentera"upahan" jaja 13 Mei.
Pada petang tadi berbual dengan teman guru.Beliau sibuk menceritakan aktiviti sebagai ahli radio amatur.

Di samping itu beliau membangkitkan kini terdapat sekumpulan bekas tentera yang pergi bertemu orang kampung menceritakan peristiwa 13 MEI.

Beliau mendakwa mereka bekerja dengan Kemas atau Jasa.Pergi ke kedai kopi,panggil budak-budak muda makan sama. Budak muda itu tidak perlu bayar.Sebaik budak-budak muda selesai melakukan aktiviti ,mereka dijamu.

Tugas bekas tentera"upahan" ini mengisahkan peristiwa 13 MEI,jahatnya DAP dan Melayu kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

Menurut teman guru ,mereka ini terpaksa berbuat begitu,kerana anak masih kecil dan pencenpun tak cukup.Tugas mereka yang lain memburukkan DS Nizar dan PAS yang tidak buat apa-apa.

Rayuan Koperal Sirul Azhar Umar didengari pada 27 dan 28 Ogos.

Rayuan  Koperal Sirul Azhar Umar didengari pada 27 dan 28 Ogos.

KUALA LUMPUR: Tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu ditetapkan pada 27 dan 28 Ogos depan.


Kes berskala besar yang mendapat liputan antarabangsa ,diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.


Sebelum ini kedua-dua perayu, Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar memfailkan petisyen rayuan mereka.


Cif Inspektor Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober,2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.


Sirul Azhar semasa sekolah menengah belajar di SMK Tengku Menteri,Changkat Jering.Ibu beliau tetap mempertahankan anak beliau Sirul Azhar tidak bersalah.

PTPTN tidak dilesenkan sebagai institusi kewangan.

PTPTN tidak dilesenkan sebagai institusi kewangan.

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.



Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.



"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.



Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini.



Malik berkata, PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.


"Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta paling tidak mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun," katanya.


Beliau yang mewakili Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu.

Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.


8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.


"Di sini pihak PTPTN tidak mengeluarkan nama anak guam saya di dalam senarai hitam walaupun hutang tunggakan sudah dilangsaikan.


"Dan bagi anak guam saya, yang paling penting adalah soal keadilan kepada peminjam sepertinya yang baru merasai kehidupan selepas tamat pengajian," katanya.


Tambahnya, kira-kira 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun, akan merasai keperitan membayar balik hutang mereka.


Beliau juga mendapat maklumat sekurang-kurangnya purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa ketika mahu keluar negara.


Beliau mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.


Sebelum wujudnya PTPTN, katanya, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.


"Anak muda pada usia sebaik sahaja berjaya memasuki pusat pengajian tinggi mereka tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN, ditambah hanya tabung itu sahaja memberikan tawaran," katanya.

Cuepacs Mahu Suruhanjaya Khas Turut Semak Semula Gred Perkhidmatan Penjawat Awam

Cuepacs Mahu Suruhanjaya Khas Turut Semak Semula Gred Perkhidmatan Penjawat Awam

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.


Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman pada Rabu berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.


Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.


Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.


Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.


Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.


Sebaliknya, katanya semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.


Ini kerana penjawat awam merupakan satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan, katanya.


"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang kesemuanya telah ditepati perdana menteri.


"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," kata Omar. - BERNAMA

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.


Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.


Berdasarkan situasi-situasi tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoalkan apakah rakyat melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih layak dan mampu mengurus kewangan dan khazanah negara.


"Bagaimana Najib cuba meyakinkan rakyat yang membayar cukai tentang kebijaksanaannya menguruskan ekonomi negara, sedangkan beliau lebih dilihat mengutamakan kroni dan hanya membebankan rakyat?" soal beliau ketika sidang media, di lobi parlimen, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bagi soalan lisan beliau yang diberikan Kementerian Kewangan berhubung jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.


Dzulkefly menambah, hutang kerajaan telah melonjak dari RM146 bilion pada 2002, RM242 bilion (2006), dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011, yang dilihat melonjak hampir 100 peratus.


"Paling merunsingkan pelbagai pihak adalah perbelanjaan di luar peruntukan belanjawan atau off-balance sheet spending. Seandainya hutang ini gagal dibayar badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin kerajaan pusat, maka semua ini akan menjadi hutang kerajaan pusat," tegas beliau lagi.


Ini kerana, katanya sejak tahun-tahun kebelakangan, kerajaan pusat menerbitkan pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan (bon simpanan) dan Sekuriti Kerajaan.


Tambah Dzulkefly, pinjaman itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang hutang kerajaan RM456.1 bilion.


Terdahulu, Kementerian Kewangan mengatakan hutang kerajaan sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 peratus nisbah KDNK, dengan hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion, manakala baki RM18.1 juta merupakan hutang luar negeri.

Menteri Penerangan Putus Haid.

Menteri Penerangan Putus Haid.
Sebentar tadi YB Salahudin Ayub menyindir menteri penerangan yang kering idea. Beliau secara sinis memberitahu pendengar ,Menteri Penerangan ,menteri yang sudah putus haid.

YB Salahuddin Ayub,menyindir siaran televisyen yang kerap menyiarkan filem tahayul.Semuanya untuk melalaikan orang Melayu.

Bogel lalu tunjuk anu depan gadis 17 tahun.

Bogel lalu tunjuk anu depan gadis 17  tahun.

TELUK INTAN - Seorang lelaki hilang pertimbangan dan bertindak berbogel sambil menunjukkan kemaluannya ke arah seorang gadis berusia 17 tahun, di Jalan Pendamar, di sini.


Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga jiran lelaki itu dikatakan sedang mencuci pakaian di rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.


Menurutnya, gara-gara terdengar bunyi seakan-akan kucing, mangsa bertindak mencari arah bunyi itu sebelum ternampak seorang lelaki berbogel sambil menunjukkan kemaluan ke arahnya.


“Terkejut dengan tinda­kan lelaki ini, mangsa bergegas masuk ke dalam rumahnya sebelum membuat laporan polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.


“Sepasukan polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lelaki ini tiada di premisnya,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.


Kok Liang berkata, ketika kejadian, suspek dikatakan turut mengambil minuman beralkohol dan kelakuan tidak bermoral berkenaan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol.


“Kami sedang mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan.


“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


Tambahnya, sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan pernah melakukan aksi lucah melampau kepada beberapa orang jirannya.sumber


Jawatan kosong untuk rakyat Perak,imam sahaja 10 jawatan kosong.


Jawatan Imam atau Pembantu Hal Ehwal Islam mempunyai 10 jawatan kosong,berpencen.Dengan jawatan penghulu 25 kekosongan. Sementara itu Pembantu Tadbir mempunyai 54 jawatan kosong.

Terdapat 13 bidang pekerjaan yang ditawar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Perak.Tarikh tutup permohonan pada 9 April. Keterangan lanjut boleh layar portal http://www.perak.gov.my atau http://spaonline.perak.gov.my

Malam ini bersama DS Nizar di Bukit Gantang.

Malam ini bersama  DS Nizar di Bukit Gantang.
Dato Seri Nizar seusai sidang parlimen sebelah petang akan ke parlimen Bukit Gantang untuk berceramah bersama YB Salahuddin Ayub dan Ustaz Idris Ahmad.

Ceramah bertempat di Musalo Bt 8, Jln Changkat Jering- Trong.Ceramah bermula 9.30 malam.

Bukan jauh ,dekat sahaja.

Negaraku selamat::rumah penyanyi Mawi dipecah masuk.

Negara ini selamat ,tetapi rumah penyanyi Mawi dipecah masuk. Sekumpulan 4 orang perompak telah melarikan barang-barang bernilai RM10,000. Mawi,isteri dan ibu mertua selamat tidak mengalami kecederaan.

Mawi yang tinggal di kawasan yang dikatakan mempunyai kawalan keselamatan pun ,perompak boleh masuk.

Perompak dipercayaai warga asing.

Bukit Gantang perlu dipertahankan-ceramah mempertahankan Bukit Gantang.

Bukit Gantang perlu  dipertahankan-ceramah mempertahankan Bukit Gantang.
Pada 27 Mac ini,PAS Bukit Gantang akan mengadakan ceramah Mempertahankan Bukit Gantang.

Ceramah bermula pada 9.30 malam. Dengan penceramahnya, YB Salahudin Ayub,Ustaz Idris Ahmad dan YB DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ceramah perdana itu bertempat di Musalo Bt 8,Jalan Changkat Jering-Trong.



R&R Bukit Gantang ditutup sementara Rabu dan Khamis

R&R Bukit Gantang ditutup sementara Rabu dan Khamis
KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan menutup sementara Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Bukit Gantang di Lebuh Raya Utara-Selatan pada Rabu dan Khamis ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan.


Menurut kenyataan PLUS di sini hari ini, hentian Bukit Gantang arah selatan akan ditutup pada Rabu manakala hentian Bukit Gantang arah utara ditutup pada Khamis. Kerja-kerja penyelenggaraan ialah dari 8 pagi hingga 5 petang.


Menurut kenyataan itu lagi kecuali stesen minyak ,semua kemudahan lain di hentian itu termasuk gerai makanan akan ditutup sepanjang waktu penyelenggaraan itu dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Plusline ditalian 1800-88-0000. - Bernama

Adun kaki kencing jangan dicalonkan.

Adun kaki kencing  jangan dicalonkan.
PRU 13 semakin hampir.Kedudukan para calon juga sudah hampir dimuktamatkan. Apa yang penting calon atau adun yang telah menjadi "kaki kencing" jangan dipilih lagi.

Calon PR perlu calon yang bersih .Calon itu calon yang boleh diterima pengundi.

Pada zaman dunia tanpa sempadan ini,maklumat cepat dan pantas.Justeru itu ,calon yang dipilih mewakili PR perlu bersih dan tidak kaki kencing .

Dengan negeri Perak didakwa kepunyaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ,kesilapan memilih calon,menyebabkan kita akan kempunan.Kesilapan meletakkan calon ,kita akan kehilangan kerusi.

Bagi PAS Perak ,biarlah bercita-cita untuk dapat 21 kerusi.InsyaAllah dengan kerja keras dan terus menyantuni rakyat,PAS Perak boleh menawan 21 kerusi yang ditandingi.

Najib auta,hutang Tajuddin Ramli lupus.!

Najib auta,hutang Tajuddin Ramli lupus.!
Menurut Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS,kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja.


Dalam pada itu pelupusan hutang Tajudin Ramli RM 589 juta ,bersamaan melupus hutang PTPTN seramai 19,633 orang mahasiswa
.


Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd didakwa melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.


Seperti kata Mat Sabu,dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.


"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad Sabu


Tuan Haji Mohamad Sabu,menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.


Sementara itu antara auta DS Najib ,kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.


Inilah antara fakta dan auta DS Najib.Jelas DS Najib dalam berhujah banyak auta!!!!