Terkini

Nizar rakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah.

Dengan perasaan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Jenazah almarhum telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan istiadat pemakaman selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.


Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).


DS Nizar merakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Ashman Shah.Beliau mendoakan almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan soleh.

0 Response to "Nizar rakam ucapan takziah diatas kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah."

Post a Comment