Terkini

Lagak gangster,Unit Amal Buat laporan polis.

Laporan Polis dari Unit Amal Bukit Gantang

 16 Mac 2013: Bukit Gantang -- Berikutan penulisan sebuah artikal dari laman portal Perak Today  bertarikh15 Mac 2013 bertajuk " 61 Laporan Polis Membantah Kehadiran Anwar Ke Kemunting" yang boleh diklafikasikan sebagai ugutan dan fitnah jahat terhadap Unit Amal bagi Kawasan Bukit Gantang,maka pada petang semalam 15 Mac 2013 satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Simpang Taiping Perak .

Sdr Zainuddin B. Zainon (Gambar Kecil) selaku Komandan Unit Amal Bukit Gantang bersama beberapa anggota Unit Amal telah ke Balai Polis Simpang bagi tujuan tersebut.

"Saya amat hairan dan pelik dengan ugutan dan fitnah jahat dari mereka yang membuat tuduhan mengatakan Unit Amal akan dicabar sekira hadir dalam program DSAI di Kemunting dengan mengatakan "Jika berani sila lah turun",sedangkan Unit Amal Bukit Gantang tidak terlibat langsung dengan program yang mereka bantah,maka saya rasa bertanggunjawap untuk membuat laporan polis kerana perkara ini serius" - Ujar Zainuddin.

Zainuddin juga menjelaskan bahawa Unit Amal bukanlah kumpulan samseng,ianya adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk kerja-kerja amal bagi semua pihak, cabar mencabar yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawap amat dikesali. Penugasan anggota Unit Amal dalam menjaga keselamatan dalam sesuatu program dilakukan dengan niat iklas bukan mencetuskan huru-hara sepertimana yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap. 
"Tindakan undang-undang susulan terhadap penulis artikal tersebut  mungkin kita (Unit Amal) akan ambil sekira perlu dalam masa terdekat" - Ujar Zainuddin lagi.  sumber blog Orang ni

0 Response to "Lagak gangster,Unit Amal Buat laporan polis."

Post a Comment