Terkini

Jangan aibkan orang nasihat isteri Ustaz Azizan.


ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.

Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat.sumber

1 Response to "Jangan aibkan orang nasihat isteri Ustaz Azizan."

  1. Lebai Azizian bukan rakyat biasa. Sama macam Lebai Hadi. Mereka ini adalah pemimpin. Pemimpin atas nama parti Islam. Atas nama parti agama!

    Syurga bukan lagi jaminan mereka. Neraka sudah tentu pilihan satu lagi.

    Apakah hebatnya mereka ini sehingga tidak boleh ditegur, dikritik, dimaki hamun kerana kecelakaan mereka dlm mengatur pentadbiran. Buat para pemimpin Kedah, jgnlah anda munafik. Allah tahu. Allah dgr bisikan hati anda. Bagaimana riak, takbur, bongkak dsbnya pentadbiran Lebai Azizan.

    Allah tahu bagaimana celakanya, munafiknya Lebai Hadi. Menfitnah saudara seangkatan disebabkan bisikan syaitan daripada Anak Menantu Din Ayam di Kota Damansara yg mengindam bertanding disitu. Satu-satunya watikah pencalon yg ditandatangani oleh Pengerusi Parti. Kata pembahagian kerusi dah selesai. Tapi ahli tetap nak bertanding kat kerusi yg dipersetujui utk PKR.

    Siapakah mereka berdua ini. adakah sehebat Omar yang antara sahabat dijanjiakan syurga. Tapi rakyat marhaein tidak segan silu mempertikaikan pentadbirannya.

    Siapakah 2 pemimpin yang menjaja atas nama Parti Islam yang tidak boleh dicelakakan oleh rakyat marhein ini???? Syurga bukan jaminan. Neraka tetap menanti dgn pintu yg terbuka luas jika sungguh celakanya amanat yg diberikan oleh rakyat dipermainkan oleh mereka ini.

    Mana pergi duit pungutan setiap kali peristiwa "Memali" dibuat. Mana pergi peruntukan buat semua balu mahupun waris yg terkorban dlm peristiwa ini. Sungguh. Parti ini tidak akan diredhai Allah sbn. Kerana ketahuiah. Mereka-mereka yg dinafikan hak mereka atas infak & sumbangan yg dihulurkan atas peristiwa yg ditanggung, doa mereka rapat dgn Allah sbn. Sudah lama perkara ini dibangkitkan. Tapi Lebai-lebai yg diamanatkan diam membisu menyeluk saku???????

    Sungguh, sungguh celakalah mereka-mereka ini.

    ReplyDelete