Terkini

PAS fail 18 pitisyen PRU 13


SHAH ALAM – Pas akan memfailkan lebih 18 petisyen di mahkamah bagi mencabar keputusan PRU13 yang didakwa meragukan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen itu yang membabitkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dun akan difailkan dalam masa terdekat.

Katanya, beberapa kawasan Dun telah dikenal pasti termasuk Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta dua kawasan Parlimen yang gagal dikekalkan parti itu, Kuala Selangor dan Titiwangsa.

“Boleh dikatakan setiap negeri mengemukakan petisyen, namun kini panel peguam dalam proses akhir menfailkan petisyen di mahkamah selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir bantahan ,” katanya `.

Terdahulu, Pas telah menubuhkan jawatankuasa khas berkaitan undang-undang untuk menentukan perkara dan tindakan yang boleh diambil sebelum mengemukakan petisyen.

Parti politik mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13, pada 22 Mei lalu.

Dilaporkan sekutu Pas, PKR akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan Dun manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.
    
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
   
Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala Pas (21), PKR (30) dan DAP (38).sumber

0 Response to "PAS fail 18 pitisyen PRU 13"

Post a Comment