Bermula 2016, Bahasa Inggeris wajib lulus dalam peperiksaan awam SPM.Malangnya 70 peratus guru daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris tidak layak mengajar Bahasa Inggeris.Soalnya,siapa bingung,menteri pendidikan atau perancang ?
SHAH ALAM: Kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekola.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata guru berkenaan telah dihantar mengikuti kursus untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam menguasai bahasa berkenaan.
"Kementerian juga sedang menimbangkan cadangan untuk menghantar mereka mengikuti kursus TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua)," katanya pada sesi dialog mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Selasa.
Idris tidak menyatakan jumlah guru yang tidak layak itu memberi jaminan, sebahagian daripada mereka yang cemerlang telah didaftarkan dalam kursus bahasa Inggeris tempatan.
Kajian terbaru mendedahkan, kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.
Mengenai dakwaan, kerajaan mengetepikan sekolah vernakular melalui PPPM, Idris menafikannya, beliau berkata "semua sekolah diberi layanan sama rata".
"Kita tidak akan mengetepikan mana-mana pihak. Sebaliknya, kementerian menggalakkan semua orang menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Sama ada Bahasa Cina, Tamil, Perancis atau Sepanyol sekalipun kerajaan akan berbangga jika seorang rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa-bahasa ini," tegasnya.
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menentang PPPM dengan mendakwa pertambahan masa untuk mengajar Bahasa Malaysia daripada 270 minit kepada 300 minit bagi sekolah rendah dan 180 minit kepada 280 minit kepada sekolah menengah merupakan satu tindakan kerajaan untuk menghapuskan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka.sumber mstar
0 Response to " Menteri Binggung,wajib lulus Bahasa Inggeris SPM"
Post a Comment