Terkini

Lim Guan Eng jadikan hudud bola tanggung UMNO.

Lim Guan Eng telah jadikan isu hukum hudud , bola tanggung untuk UMNO. Lim Guan Eng sepatutnya sedar PAS & DAP boleh menerima konsep 'setuju untuk tidak bersetuju' (agree to disagree) dalam isu hudud.

Berikut Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Lim Guan Eng Perlu Hentikan Polemik, Fokus Usaha Perkukuh Hubungan PR
15 Disember 2014
Pemuda PAS Malaysia meneliti dengan cermat setiap butir ucapan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, YAB Sdr. Lim Guan Eng dalam Konvensyen DAP yang sedang berlangsung ketika ini. Daripada keseluruhan ucapan beliau, Pemuda PAS sejujurnya menerima hasrat besar beliau dan seluruh kepimpinan DAP untuk melihat Pakatan Rakyat berperanan dengan lebih baik.

Namun begitu terdapat beberapa perkara dalam ucapan beliau yang kami rasakan perlu diperhalusi dengan lebih cermat dan berhati-hati. Pemuda PAS Malaysia berpendirian bahawa DAP dan Pakatan Rakyat perlu fokus terhadap usaha memperkukuh Pakatan Rakyat dan membulatkan titik persamaan yang menjadi tekad bersama.

Gesaan yang dibuat beliau tentang isu hudud itu samada sedar atau pun tidak, telah kembali menjadi 'bola tanggung' kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memanipulasi isu ini. Pada hemat kami keadaan ini tidak seharusnya berlaku. Sewajarnya seluruh pemimpin Pakatan Rakyat ketika ini perlu fokus dan tidak terjebak untuk memanjangkan polemik sedia ada.

Pemuda PAS Malaysia percaya bahawa PAS & DAP boleh menerima konsep 'setuju untuk tidak bersetuju' (agree to disagree) dalam isu hudud. Mempolemikkan isu ini di ruang awam hanya menambahkan prejudis dan hilang hormat rakyat kepada kita. Sewajarnya pada fasa ini, seluruh anggota Pakatan Rakyat perlu fokus untuk berkhidmat dengan lebih baik dan memperbaiki hubungan sesama taulan dalam koalisi politik yang menjadi harapan rakyat Malaysia ini.
SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

0 Response to "Lim Guan Eng jadikan hudud bola tanggung UMNO."

Post a Comment