Episod cerita Sirul dan Altantuya semakin menarik.Mungkinkah episod ini dapat dibongkar pada hari Isnin, 23 Februari 2015.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar,Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan beliau akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama bekas anggota polis Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.
Sirul didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Antantuya Shaaribuu.
MP Pokok Sena itu berkata sidang media akan berlangsung selama 15 minit bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat Parti Islam Se Malaysia, Kuala Lumpur itu dengan menggunakan pembesar suara dan media dijemput menghadirinya.(sumber)
Dalam pada itu Sirul juga mahu mati dalam keadaan aman .
"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat,"Sirul(sumber).
YB Dato Mahfuz Omar ,juga kena pastikan keselamatan ibu dan dua anak Sirul di Malaysia.Dikhuatir mereka diganggu pihak yang tidak berkenaan.
Begitu juga ,YB Dato Mahfuz, kena pastikan sitem komunikasi pada hari Isnin ini tidak diganggu.
0 Response to "Sidang media Sirul, YB Mahfuz kena pastikan sistem komunikasi tidak diganggu."
Post a Comment