MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Ustaz ini sanggup demo sokong presiden,rupanya pembawa fitnah.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menerima permohonan maaf daripada seorang penceramah bebas yang dikatakan mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap rangkaian tadika Islam dan pemiliknya, tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibacakan defendan, Muhammad Nazmi Abdul Karim, di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam prosiding pagi tadi.

Dalam permohonan maaf itu, Muhammad Nazmi mengakui ada mengatakan dalam satu ceramahnya bahawa pemilik rangkaian Tadika Islam Children Islamic Centre (CIC), Qutren Nada Ahmad adalah penganut ajaran syiah, sekali gus menyebabkan perniagaannya, CIC adalah perniagaan yang diusahakan oleh penganut syiah.

Katanya, beliau tetap berpendirian bahawa ajaran syiah adalah sesat, tetapi tidak berniat, dalam ceramah itu untuk plaintif mengalami kesulitan sehingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasi mereka.

"Qutren Nada Ahmad telah memperakui kepada saya bahawa beliau tidak menganut ajaran syiah itu," katanya.

Sebelum ini, pada 26 November tahun lalu, Qutren Nada, melalui firma guaman Tetuan Cheang & Ariff memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Muhammad Nazmi selain ganti rugi lain bagi menghalang defendan bercakap, menerbitkan, menyiarkan, atau menyebabkan terbit tuduhan bahawa plaintif menganut ajaran syiah dan menyebarkan ajaran itu

2 Responses to "Ustaz ini sanggup demo sokong presiden,rupanya pembawa fitnah."

  1. Salam Sisi Bukit

    Kali ini tersilap sebab sebut nama. Kalau tidak tentu tak dikira fitnah, tapi orang yang difitnah pula dikata memfitnah.

    ReplyDelete